Saturday, February 27, 2010

2010 @ 14-- H??

Assalamu'alaikum to all..Let's do a short quiz today!An easy one..

Soalan cepumas atau bonus!hehe....
Apakah tahun hijrah kita sekarang???
a. 1429
b. 1430
c. 1431
d. Semua di atas. (exist ke??)

Kalau anda tahu...Alhamdulillah...jika taktahu...

Sebenarnya,soalan ni lah yg ditanya oleh Ustaz Datuk Hasan Din pd hadirin yg hadir dalam ceramah beliau semasa maa'l hijrah tahun ini... jgn terkejut majoriti yg berumur 30 ke atas tidak tahu.
Yang jawab betul adalah seorg budak sekolah rendah.

Soalan Kedua
Berapakah bilangn bulan dalm tahun hirah?
a.10
b.11
c.12
d.13

Kalau anda tahu...Alhamdulillah! Kalau tidak...huhu.

Apakah aturan dalam bulan Islam?
Xperlu jawab...saya tuliskan..hehe.
Jom Nyanyi sama2...=)
"Muharram, Safar, Rabiu'l Awwal, Rabiu'ul Akhir, Jamadil Awwal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah."

http://www.youtube.com/watch?v=5zA7R4C7WSw&feature=PlayList&p=6761F87D1EB0E72E&playnext=1&playnext_from=PL&index=6

Soalan Terakhir...
Apakah tarikh lahir anda menurut bulan Hijriah??
Xperlu fikir,just visit this link to know yours. =)

http://www.islamicfinder.org/dateConversion.php

Sekian saja untuk hari ni yg mampu sy kongsikan. maaf jika ada tersalah bahasa atau apa saja yg terkesan di hati anda. =)
Wassalam~

Friday, February 26, 2010

Dirimu Yang Kurindui........

Assalamu'alaikum....

Huhu..hari ni maulid Rasulullah..12 Rabi'ul Awwal-genap 1431 tahun selepas kewafatan baginda...
Rindu kan?? (",)
Kalau baginda ada zaman kita mesti perasaannya berbaur gembira dan kecewa..
Apa yang telah dibina bertahun2 lamanya makin diruntuhkan oleh umatnya sendiri akibat kecuaian dan kejahilan..tak kurang ada yg masih berusaha menegakkan syariat dan mengamalkan sunnah baginda.

Seperti acara tahunan kita di Malaysia, kita semua menyambut maulid Rasulullah, dan adajuga yg membid'ahkan.
Tapi apa yg penting dlmmenyambut maulid adalah semangat untuk bangun dan memperjuangkan Islam, dengan rasa cintakan Allah dan Rasul.Ia juga mengingatkan generasi muda kini yg makin jauh hanyut akan seseorang yang bernama Muhammad SAW,Rasul Terakhir-Penyudah Sekalin Anbiya'.

Hurm...terkejut semalam sy dengar dalam Helo Malaysia(BERNAMA) yg xketingglan membicarakan ttg maulid nabi. Bila dibuat kajian atau secara rambang, ada rumah yg lgsg xmempunyai satu pun buku sirah nabi, dan ada yg xtahu lgsg ttg Rasulullah. Menyedihkan! (-.-)' sampai hati buat nabi kita begini.....

Antara lain,program smlm juga menyebut keutamaan selawat. Sehingga Allah SWT juga akan berselawat pada sesiapa yg berselawat ke atas kekasihNya; Muhammad b. Abdullah. Kenapa kita tidak?
Pada pembacaan sy dlm sebuah buku, sy kurang pasti, sila tegur jika salah.
Nabi pesan sekurang2nya selawatlah ke atasnya 10 kali waktu pagi dan 10 kali waktu petang, supaya nabi boleh beri syafaat pada kita sbg umatnya, dgn izin Allah SWT.lagi byk lagi bagus..bangga nabi.(^^,)

Kemudian dalam rancangan pagi td, ustaz menganjurkan kpd sesiapa yg mampu untuk pergi menziarah Rasulullah di Madinah, untuk sama2 memperbaharui azam dan pada masa yg sama mengerjakan umrah. Rindu juga sy pada Haramain...mudah2an diberi kesempatan dan dijemput Allah menjadi tetamuNya di sana...Amin.

Di sebalik semua sambutan maulidurrasul setiap tahun,apakah maknanya jika kita masih tidak dapat memenuhi ajaran Rasulullah SAW yang mengajar kita mengucap syahadah, mengerjakan solat lima waktu without fail, puasa, tunaikan zakat fitrah dan 6 lagi jenis zakat yg lain(if any),tunaikan haji dengan azam untuk mendapat haji mabrur,dan mengenakan hijab (tutup aurat)buat lelaki dan perempuan.

Jesteru,sama2 kita sedaya upaya mempelajari dan menyelami maksud Kalamullah dan Kitabullah Al-Quran serta mengamalkan sunnah@sirah baginda Rasulullah SAW. Inilah harta kita yg plg berharga dalam hidup ni. Percayalah!
(",)/

Tuesday, February 23, 2010

Soal Hati..

Assalamu'alaikum to all....=)

hurm...today's issue-
ttg solat..yang kita boleh berkongsi bersama..sejauh mana kita bersolat dan bagaimana dgn solat kita..adakah DITERIMA ALLAH SWT atau DITOLAK?
Menakutkan bukan? Kita mungkin akan terkejut bila tiba waktu amalan diperhitung satu persatu, tidak tercatit amalan solat farhu kita. Na'uzubillahi min zalik!

Apakah erti solat yang sebenar?
Iaitu solat dari hati yang khusyuk dan sedar bahawa setipa solatnya adalah untuk dipersembahkan kpd ALLAH SWT semata2 dan dijaga sebaiknya segala rukun dan tertib solat.

Ustaz Shukri sempat berkongsi pengalamannya sewaktu berada di Mesir.Tiba waktu solat berjemaah, tuan imam akan meminta para makmum untuk merapatkan dan meluruskan saf seperti juga di Malaysia.Tp, sambungan pada ungkapan itu yang kita tidak pernah dengar mungkin;

"bersolatlah kamu seolah2 ia adalah solatmu yang terakhir"


Memang begitulah hakikatnya, jika nak difikirkan. Memang tiada seorang pun boleh memastikan dia dapat kerjakan solat pada waktu seterusnya atau memastikan dia boleh menyelesaikan solat yang sedang dilakukan...malaikat maut tidak akan menunggu kita untuk memberi salam pertama slps tahiyat akhir pun,jika ajal kita sudah sampai.

Solat juga kata Ustaz Zawawi, adalah lambang AGAMA dan terkandung RUKUN ISLAM.
Dalam solat, kita mengucap syahadah, mendirikan solat 5 waktu, membayar 'zakat' (dalam bentuk masa yg diluangkan), berpuasa(tdk makan dan minum),dan kerjakan haji (dlm erti kata menghadap baitullah ketika solat).
Dan kita boleh pastikan yang org bersolat pasti berpuasa, ttp kita tak pasti samada org berpuasa akan bersolat. Kerana yang menjadi tunjang pada amal2 yang lain adalah solat yang 5.

Jadi,sama2lah kita cuba perbaiki solat kita dari semasa ke semasa. Afterall, selepas kita mati dan kembali kepada ALLAH SWT, tidak akan ada lagi isu solat. Masa itu mungkin kita baru menyedari akan kelebihan dan nikmat beribadah pada ALLAH SWT.

petikan dari Halaqah TV9 21-02-10
"Solat Dari Hati"
Ustaz Zawawi Yusoh
Ustaz Syukri Ali

Tuesday, February 16, 2010

Mencari dan Memilih Pasangan

Assalamu'alaikum...

Apa pendapat anda tentang isu proses atau langkah mencari teman hidup?sounds very methodological rite?but we have to,you see..(",)

So,let's see together..the yardstick(kayu ukur)outlined by Islam:
i. agama
ii.keturunan
iii.rupa paras
iv.harta

Tapi apa yang penting di sini bukanlah seperti w0nderpets KERJA--SAMA!! tetapi sabda nabi SAW pilihlah yang memiliki AGAMA; kerana agamalah yg menjamin kebahagiaan kita di dunia dan di akhirah.InsyaAllah.
Semua orang mengimpikan pasangan yg soleh dan solehah, tapi apa mungkin Allah SWT akan kurniakan pada kita jika kita sering melanggar batas syariatNya.Setuju?
Jika ianya bermula atas dasar nafsu, memang takkan ke manalah kita itu malah menjanjikan lagi kehancuran dalam hidup berumahtangga kelak.
Kerana 'si nafsu' akan menghambat orang yang telah pun terjebak ke dalamnya dan jalan untuk lari dari 'si nafsu' ini adalah dengan mensucikan diri,kembali padaNya Yang Satu.


Jadi bagaimana kita boleh mencari pasangan yg soleh atau solehah di sisi Allah?
Jawapannya,ialah dengan taat beribadah kepada Allah di mana itulah yg akan menjadi MAGNET yang menjadi daya tarikan pada pasangan kita kelak.Allah SWT akan membuka hati 'si dia' untuk menjadi teman hidup yang sebenar dan dengannya kita memperoleh zuriat keturunan yang taat dan mentauhidkan Allah SWT.

Dalam satu perhubungan juga kita tidak mahu orang ke-3,tetapi sudah semestinya kita memerlukan Pihak ke-3 iaitu ALLAH SWT. Agama dan iman juga menjadikan seseorang kelihatan bersih dan cantik selama2nya walau dengan meningkatnya umur kita..Yakinlah! Anda xperlu lagi risau untuk mengambil jamu,vitamin C atau botoux. hehe..

Sekian..Wassalam.

Petikan dari Halaqah (14-02-10)
"Isteri Idaman Hati"
Ustaz Zawawi Yusof
Dr Robiah

Saturday, February 13, 2010

Saya pasti Nombor 6 Lebih Besar dari 2!

Al-Hujjatul Islam; Imam Al-Ghazali r.a ingin memiliki sebenar2 iman kepada Allah SWT tanpa sedikit ragu, sebagaimana pastinya beliau yang nilai nombor 6 > 2.

Inilah yang baru saya pelajari dalam History and Philosophy of Psychology tempoh hari, diajar oleh seorang Professor yang sgt2 saya hormati dan kagumi..

Sebenarnya dalam bidang Psychology, Imam Ghazali r.a dianggap yang pertama meng’Islam’kan Psychology dari segala teori2 masyarakat Greek yang kadang2 menyimpang dan tak kurang yg agak secular(membezakan agama dan reality).Beliau mengutarakan apa yang ingin disampaikan oleh kebanyakan ahli falsafah tika itu. Malah beliau juga cuba memperbetulkan sesetengah pandangan dari cermin perspektif Islam dan sebagainya dalam bentuk penulisan.

What a great contribution! Allahu Akbar(“,)

Menurutnya lagi, manusia terbahagi pada 3:
i. Orang kebanyakan (beriman secara turun-temurun atas dasar percaya pada apa yg disampaikan oleh orang lain kepadanya)
ii- Mutakallimun (mereka beriman atas bukti dan tanda yang kukuh)
iii. Manusia yang memiliki al-Basirah iaitu mata hati yang celik dan benar (beriman dengan sepenuh hati tanpa ada sedikit ragu dan tidak menunggu atau bergantung semata-mata atas bukti untuk mereka beriman)

# Golongan ke-3 lah yang kita semua harap2kan…betul tak? - Mempunyai iman yang benar tanpa ragu dan berusaha untuk mendapatkan status sebagai Hamba Allah. Status yang sangatlah tinggi nilainya dari segala apa yang terkandung dalam seisi bumi dan langit ini.. (“,)

Wednesday, February 10, 2010

Si Perigi & Kawannya Si Timba

Assalamu’alaikum..

Hurm….apa pendapat anda ttg isu perigi dan timba dan pepatah tentangnya-“Perigi Mencari Timba” yang dimaksudkan perempuan yg memulakan langkah dlm suatu perhubungan dgn mencari lelaki sbg teman hidup, instead of lelaki mencari perempuan.
Pendapat peribadi saya,tiada masalah memandangkan mencari teman hidup adalah satu perkara yg sangat2 penting atas dasar bagi memastikan kelangsungan zuriat atau keturunan yang soleh dan solehah,mentauhidkan Allah dan dapat menjadi pejuang2 agamaNya,seterusnya menjamin kebahagiaan kita sbg ibu bapa kelak,baik di dunia dan di akhirah.

Di zaman Rasulullah S.A.W , isu ini menjadi satu fenomena biasa yang tidaklah bercangggah dengan Islam menurut sebuah buku bertajuk :20 Tips Mencari Teman Hidup. Ada juga beberapa wanita yg bertanya dan meminta pandangan daripada Rasulullah S.A.W mengenai bakal suami yang plg sesuai buat mereka. Tapi berbeza dgn masyarakat Melayu di Malaysia, ia dipandang perkara yg agak memalukan dan sebagainya.

Mengapa begitu?

Jika kita semua sudah menemui seseorang baik untuk lelaki atau perempuan berdasarkan ciri2 yang digariskan dlm Islam, teruskanlah pada langkah seterusnya yang juga berlandaskan syariat Islam dan adat. Tapi sebelum itu, perlu bersolat istikharah berkali2 agar tidak tersalah pilihan…(“,)/
Pandangan anda amat sy alu-alukan..

……“Wahai Tuhan kami,berikanlah dari kami isteri2 dan zuriat, perkatra2 yang menyukakan hati kami melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi org2 yang(mahu)bertaqwa. (Furqan:74)

Amin Ya Rabb..

Friday, February 5, 2010

Berapakah Umur Anda?

Umur @ Age..

just yesterday during lecture..my professor talked about how culures actually perceive age.hurm..interesting.Age actually varies accross cultures and countries..so,in short;
here In malaysia, we divide age into:

Umur Tua : around 60 tahun dan ke atas..
Umur Pertengahan :40-50 tahun..
Umur Belia: 20-30 tahun.
Umur Remaja: of courselah yang masih ada 1 sbg nmbor depan,hehe..

So,In what range are your age all now?hehe (",)/

Bila fikir,tentang umur ni...boleh mengelamun jadinya kan,terlalu byk impian dan cita-cita yang nak dikejar. Begitu jugalah dunia ni hanyalah sebagai permainan, angan2 dan ujian belaka.

Tapi sebagai seorang Muslim yang bagus,adalah yang menggunakan dunia sbg 'jambatan' ke syurga dan usaha untuk menggapai cinta Ilahi..
Seperti firman Allah yang mana dijelaskanNya;setiap umat ada ajalnya. Bila sampai ajalnya, ia tidak boleh ditangguh walau sesaat...Allahu Akbar.

Balik pada persoalan bilakah penghujung umur kita semua??..xperlu penat2 nak fikir,hoho...cuma apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah persiapkan diri ke arahnya...(",)

~Semoga kita dapat berjumpa lagi di sana dalam keadaan masing2 lebih baik dan sejahtera..insyaAllah~

Thursday, February 4, 2010

Owh..ikan..

Selalu kita makan jenis ikan yang hidup di air laut yang masin..hurm…tp rupanya ikan di laut ni sgtlah menakjubkan dan boleh kita ambil pelajaran. Bukan seperti ikan kaloi,tapi lebih dr tu..(“,) nilah tajuk untuk post kali ni.
Ikan di laut masin ni rupa2nya mempunyai insang yang penuh dgn chloride cells yang tolong ikan untuk menapis air laut yg masin supaya dapat kekalkan isi badannya yang tawar. Subhanallah! Masin diluar tapi tawar di dalam.

Islam datang kepada manusia dengan membawa ilmu, nilai hidup,akhlak serta contoh pd Rasulullah SAW untuk memantapkan jiwa manusia dan menyedarkan kita akan adanya Hari Kiamat. Untuk membantu kita menyusuri hidup penuh ranjau ni Allah SWT memperkenalkan satu Model Pendidikan dalam Surah Nur;37 yang FirmanNya berbunyi:

“Orang yg tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingati Allah, mengerjakan solat dan melaksanakan zakat. Mereka takut kepada hari tika hati dan penglihatan menjadi goncang (Hari Kiamat)”

Pokoknya,begitu juga sepatutnya kita manusia,perlu kuatkan iman dan jati diri tak kiralah di mana jua kita dicampakkan..dlm erti kata lain berpegang teguh dgn agama Allah tambah2 lagi di akhir zaman yang makin mencabar.. Dalam erti kata lain,sebagaimana ikan, kita juga mesti mempunyai sel-sel yang utuh untuk menapis apa jua pengaruh asing yang mencemarkan agama yang telah Allah hadiahkan kepada kita.
Sebagaimana sabda nabi kita,Muhammad SAW, umatnya di akhir zaman ini akan ditimpa penyakit WAHN; cintakan dunia dan takutkan mati. Manusia terlalu cintakan dunia sehingga sudah tiada lagi batasan halal dan haram. Manusia juga tidak berani untuk tampil berjuang menegakkan agama Islam. Saat di ambang kiamat ini juga perasan gerun pada hati kaafiruun sudah tiada lagi, walaupun semakin ramai orang yang menganut Islam.

Kesimpulannya,menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengurus diri dan iman, sentiasa mengingati Allah SWT dan bersedia untuk bertemu Maha Pencipta; Allah Azza Wajalla.(“,)

Petikan ceramah dari Halaqah TV9.
Penceramah: Prof. DrSidek Baba, Dr Danial Zainal Abidin.