Friday, February 26, 2010

Dirimu Yang Kurindui........

Assalamu'alaikum....

Huhu..hari ni maulid Rasulullah..12 Rabi'ul Awwal-genap 1431 tahun selepas kewafatan baginda...
Rindu kan?? (",)
Kalau baginda ada zaman kita mesti perasaannya berbaur gembira dan kecewa..
Apa yang telah dibina bertahun2 lamanya makin diruntuhkan oleh umatnya sendiri akibat kecuaian dan kejahilan..tak kurang ada yg masih berusaha menegakkan syariat dan mengamalkan sunnah baginda.

Seperti acara tahunan kita di Malaysia, kita semua menyambut maulid Rasulullah, dan adajuga yg membid'ahkan.
Tapi apa yg penting dlmmenyambut maulid adalah semangat untuk bangun dan memperjuangkan Islam, dengan rasa cintakan Allah dan Rasul.Ia juga mengingatkan generasi muda kini yg makin jauh hanyut akan seseorang yang bernama Muhammad SAW,Rasul Terakhir-Penyudah Sekalin Anbiya'.

Hurm...terkejut semalam sy dengar dalam Helo Malaysia(BERNAMA) yg xketingglan membicarakan ttg maulid nabi. Bila dibuat kajian atau secara rambang, ada rumah yg lgsg xmempunyai satu pun buku sirah nabi, dan ada yg xtahu lgsg ttg Rasulullah. Menyedihkan! (-.-)' sampai hati buat nabi kita begini.....

Antara lain,program smlm juga menyebut keutamaan selawat. Sehingga Allah SWT juga akan berselawat pada sesiapa yg berselawat ke atas kekasihNya; Muhammad b. Abdullah. Kenapa kita tidak?
Pada pembacaan sy dlm sebuah buku, sy kurang pasti, sila tegur jika salah.
Nabi pesan sekurang2nya selawatlah ke atasnya 10 kali waktu pagi dan 10 kali waktu petang, supaya nabi boleh beri syafaat pada kita sbg umatnya, dgn izin Allah SWT.lagi byk lagi bagus..bangga nabi.(^^,)

Kemudian dalam rancangan pagi td, ustaz menganjurkan kpd sesiapa yg mampu untuk pergi menziarah Rasulullah di Madinah, untuk sama2 memperbaharui azam dan pada masa yg sama mengerjakan umrah. Rindu juga sy pada Haramain...mudah2an diberi kesempatan dan dijemput Allah menjadi tetamuNya di sana...Amin.

Di sebalik semua sambutan maulidurrasul setiap tahun,apakah maknanya jika kita masih tidak dapat memenuhi ajaran Rasulullah SAW yang mengajar kita mengucap syahadah, mengerjakan solat lima waktu without fail, puasa, tunaikan zakat fitrah dan 6 lagi jenis zakat yg lain(if any),tunaikan haji dengan azam untuk mendapat haji mabrur,dan mengenakan hijab (tutup aurat)buat lelaki dan perempuan.

Jesteru,sama2 kita sedaya upaya mempelajari dan menyelami maksud Kalamullah dan Kitabullah Al-Quran serta mengamalkan sunnah@sirah baginda Rasulullah SAW. Inilah harta kita yg plg berharga dalam hidup ni. Percayalah!
(",)/

No comments:

Post a Comment