Tuesday, February 23, 2010

Soal Hati..

Assalamu'alaikum to all....=)

hurm...today's issue-
ttg solat..yang kita boleh berkongsi bersama..sejauh mana kita bersolat dan bagaimana dgn solat kita..adakah DITERIMA ALLAH SWT atau DITOLAK?
Menakutkan bukan? Kita mungkin akan terkejut bila tiba waktu amalan diperhitung satu persatu, tidak tercatit amalan solat farhu kita. Na'uzubillahi min zalik!

Apakah erti solat yang sebenar?
Iaitu solat dari hati yang khusyuk dan sedar bahawa setipa solatnya adalah untuk dipersembahkan kpd ALLAH SWT semata2 dan dijaga sebaiknya segala rukun dan tertib solat.

Ustaz Shukri sempat berkongsi pengalamannya sewaktu berada di Mesir.Tiba waktu solat berjemaah, tuan imam akan meminta para makmum untuk merapatkan dan meluruskan saf seperti juga di Malaysia.Tp, sambungan pada ungkapan itu yang kita tidak pernah dengar mungkin;

"bersolatlah kamu seolah2 ia adalah solatmu yang terakhir"


Memang begitulah hakikatnya, jika nak difikirkan. Memang tiada seorang pun boleh memastikan dia dapat kerjakan solat pada waktu seterusnya atau memastikan dia boleh menyelesaikan solat yang sedang dilakukan...malaikat maut tidak akan menunggu kita untuk memberi salam pertama slps tahiyat akhir pun,jika ajal kita sudah sampai.

Solat juga kata Ustaz Zawawi, adalah lambang AGAMA dan terkandung RUKUN ISLAM.
Dalam solat, kita mengucap syahadah, mendirikan solat 5 waktu, membayar 'zakat' (dalam bentuk masa yg diluangkan), berpuasa(tdk makan dan minum),dan kerjakan haji (dlm erti kata menghadap baitullah ketika solat).
Dan kita boleh pastikan yang org bersolat pasti berpuasa, ttp kita tak pasti samada org berpuasa akan bersolat. Kerana yang menjadi tunjang pada amal2 yang lain adalah solat yang 5.

Jadi,sama2lah kita cuba perbaiki solat kita dari semasa ke semasa. Afterall, selepas kita mati dan kembali kepada ALLAH SWT, tidak akan ada lagi isu solat. Masa itu mungkin kita baru menyedari akan kelebihan dan nikmat beribadah pada ALLAH SWT.

petikan dari Halaqah TV9 21-02-10
"Solat Dari Hati"
Ustaz Zawawi Yusoh
Ustaz Syukri Ali

No comments:

Post a Comment