Sunday, August 22, 2010

Ramadhan (^^)

Assalamu'alaikum to all readers..
long time no write, huh?? (^^) too busy with study, research,assignments and presentations..huhu..so, Alhamdulillah that we've reached this blessed Ramadhan! Alhamdulillah..em, so jom kite citer2 sikit pengalaman...(^^)

*********
Setiap tahun bila datngnya Ramadhan, bermula segala macam bazaar..ada baik, ada buruk.. yg baik dapat tambah rezeki penjual and dpt sediakan juadah buat yg xsibuk bekerja.. yg buruknya, menjadi pembaziran bila makanan tak habis dimakan, dan solat terawih juga bakal ditinggalkan semata2 nak habiskan makanan atau terlampau kenyang.
Sedar tak sedar, makanan yg kita makan lebih banyak dr ibadah yg kita lakukan..betul tak? Malu pada Allah SWT,..

Pada suatu hari, kawan2 ada juga mengajak sy untuk berbuka di luar..tp bila diajukan soalan- "sempat tak balik untuk maghrib and solat tarawih nanti macam mana??" semua mendiamkan diri.. Makan boleh dimana2 and sepanjang tahun, tp sunat tarawih ini hanya setahun sekali...betul tak? (^^)"

Tak kurang ada juga yg enggan ke masjid atau surau kerana menganggap ianya hanya sunat semata2...and biasanya ditinggalkan begitu saja demi study, societies' meetings, etc.. Sedangkan bulan Ramadhan inilah yg menjadi rebutan hamba2 Allah untuk dipenuhkan dgn segala ibadah dan menetapkan misi pencarian Lailatul Qadar-- kerana tahun depan,..kita mungkin tiada lagi di dunia fana ini...

Walaupun ada kerja atau sesibuk mana pun, usahakan jugalah puasa dan solat tarawih serta qiamullail dgn baik..jgn risau, takkan rugi masa yg kita luangkan untuk Allah SWT..malah Allah akan gantikan dengan masa yg lebih berkualiti utk kita.. kerana Allah SWT jualah Pemilik segala masa..Yakinlah! (^^)

Another thing- Sementara menunggu waktu kelas pada petangnya, sy duduk lah berehat sambil memerhati students lain... Uik?? masih berdua2an lelaki dan perempuan malah lebih obvious berpegang2 than before.. menarik,menarik (-.-)"
tiba2 sy teringat, yg bila bermulanya Ramadhan,..syaitan akan dibelenggu, atau mungkin hadis ini boleh difahami dari sudut yg lain..Wallahu A'lam. Yang pasti, nafsu amarah kita juga yg akhirnya menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu yg tidak elok itu..

Bila time berbuka pula, ada yg berbuka dgn rokok dan ada yg berbuka dgn bf atau gf masing2, xkurang ada yg bermain daun terup sementara menunggu waktu berbuka??..xnampak pula hasil puasanya di siang hari...malah sanggup berbuka puasa dgn melakukan perkara2 yg haram..Alangkah rugi puasanya!


*******
Sekian saja perkongsian di petang ramadhan ni, azan lebih kurang 10 minit lagi..
Peluang sudah Allah berikan, yg tinggal hanya kemahuan diri...(^^)
Selamat berbuka semua~
Wassalamu'alaikum...