Thursday, April 29, 2010

AQSA SYARIF~



Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan ummat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”

Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukkan dan penjajahan haram oleh rejim zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

>> Aqsa Syarif

Ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh sembilan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikkan Palestin dan dunia secara amnya.


http://aqsasyarif.com/artikel/palestin-akan-tetap-kekal-selama-dunia-masih-ada/

Ketetapan (Tsawabit) yang tidak boleh diubah;

Palestin dan Al-Quds merupakan sebahagian dari aqidah umat Islam, kerana itu mengambil mudah isu keduanya bererti mengambil mudah ke atas kitab Allah, peradaban ummah dan keimanannya.

Masalah Palestin merupakan amanah yang tergantung di tengkuk setiap muslim, dan menolongnya adalah wajib dan mempertahankannnya adalah suatu kefarduan, sementara mengambil mudah terhadapnya adalah suatu jenayah dan kesalahan.

Jihad untuk mengembalikan bumi Palestin dan Al-Aqsa adalah wajib fardu ain ke atas setiap muslim, semua dituntut untuk mempertahankan, menjaga tempat-tempat suci dan melindunginya, kerana al-Aqsa merupakan qiblat pertama, Tanah Haram ketiga dalam Islam dan tempat persinggahan dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj nabi saw.

# ayuh,mari sama2 berjihad dan menyumbang untuk Al-Aqsa dan saudara2 kita di sana dgn sedaya upaya kita.. (^^)

Friday, April 23, 2010

Suatu Hari Di Kedai Makan..


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..(“,)

Hurm..pagi ni topik umum..hanya melaporkan rekod pemerhatian sayasemasa berada di sebuah kedai makan bersama keluarga , lebih specific lagi tentang kedai ini – ia terletak di sebelah masjid dan kejadian ini berlaku pada pukul 12.30 tengah hari,...(“,)

******

Cerita 'Suatu hari di kedai makan' bermula begini,.....

Cuaca mmg panas akhir2 ni..lantaran lapisan ozon yg makin tipis..takpalah demi nak isi perut untuk haritu, masuk jugaklah nak makan..tapi tula..xsenang jadinya nak makan sebab terlalu sibuk sy perhatikan orang yg keluar masuk..mmg jd tabiat sy dari kanak2 kot dan terbawa sampai skrg-suka memerhati supaya dapatlah ckit sbyk sy mengambil pelajaran, tambah2 lagi pada zaman ini..(perhatikan2 jugak eh,tp kena pandai2 c0ver, hehe)

Takpalah,...baik,saya pun atur langkah untuk ke tempat makanan di hadapan…-

“wop,wop! Kejap ya brother..awk jalan dulu..sila2…”(tiba2 nak merempuh ambil makanan ditepi sy)

“oh, pakcik nak ambil ni ke, silalah ambil dulu..” (nak berebut2 senduk pulak dgn sy)

“ya??..ya kejap2 ja kak, baru ja dpt pegang senduk ni,..hehe."(makcik umur 40-an yg mungkin sgt lapar)

******

Alhamdulillah dpt jugak sy sepinggan lengkap..skrg masa untuk cari tempat nak makan pulak..

“haa..sana ada!...” (saya kata pada mak)

Huh…janganlah eli, org2 merokok tu..xpasal2 asthma nanti..”(habis asap rokok berkepul2 masuk ke masjid..xberadab! dah mmg fatwa pun kata HARAM, then it’s HARAM lah kan..)

“Hurm kat situ pun xboleh jugak…,” (laki perempuan duduk bersebelahan dgn tersgtttt dekat padahal besar ruangnya lagi yg sy betul2 pasti belum berkahwin memandangkan mereka merupakan kenalan saya juga...huhu)

“kat situ pun xboleh”..(sekumpulan budak2 perempuan berpakaian tak senonoh..rosak mata ayah dan abg nanti)..”kat siniiii lagi xboleh …”

“Apa kata kita bungkus ja…???hehe ..” lalu masing2 kata kat saya- “toksah mengaruttt eli…”

“Kita makan cepat then balik cepat, kami pun dah nak pi masjid dah ni,…” ujar ayah.

*****

Jadinya,makanlah kami kat satu meja secara tepaksa…tp cam biasa..sy terus jugak memerhati…

Tertengoklah sy TV program apa entah….”ADUHH…rosak mataku,rosak mata..” (orang kedai yang bagusss memasang rancangan yg bukan untuk tontonan umum..mungkin motifnya nak tarik pelanggan terutama sang lelaki,padahal mereka pun akan dpt SAHAM dr pandangan haram org lain)

Pekerja2 wanita rajin bekerja dan memakai tudung tapi ketatttt pulak…tambah2 lagi dgn pelanggan wanita yg datang kebanyakan Melayu yang langsung terikut2 sudah budaya luar. Mungkin mereka dah lupa ajaran Islam ini atau buat-buat tak tahu.. Penat dan sedih saya melihat mata dan pandangan liar lelaki yg melihat tubuh mereka dari atas ke bawah,bawah ke atas..

-apakah yg anda dapat dgn melihat mereka wahai atuk,pakcik,abang dan adikku??
-apa pula yang anda dapat dengan berpakaian sebegitu wahai nenek,makcik,kakak,rakan-rakan dan adikku??)

Teringat saya pada satu ceramah- ustaz kata “Mata yang melihat perkara HARAM (baik lelaki atau prmpuan) di dunia ini, bakal menangis di akhirah sana…” (-.-)

*****

Alhamdulillah..lama dan penat rasanya nak habiskan makanan..15 minit lagi akan masuk azan Zuhr..

“Kak Long, Angah..cepat sikit makan..mama nak hantar pergi sekolah agama cepat, mama ada kerja” (berkata seorang ibu kepada anak2nya)

Hati kecil saya berbisik; Alhamdulillah masih ada lg ibu bapa yg mghantar anaknya ke sekolah agama pada sesi petang mcm zaman kanak2 sy dulu…(^^) dengan niat nak senyum pd si ibu, saya pun menoleh belakang-

‘Aduh………..maknya pakai mini skirt! (0_0)" Xpa teruskan niat- dan senyum dgn hati yg ikhlas’

Baru teringat kata2 ustaz tempoh hari - anak2 tidak akan terpandu dgn betul ke arah mana dia perlu tuju..menghantar anak ke sekolah agama sudah cukup bagus dan dapat menyediakan si anak dgn persekitaran Islami, tp bagaimana pula sebaik sahaja pulang ke rumah?? DUA ALAM YANG BERBEZA…yang boleh jadikan si anak KELIRU..kedua-duanya harus seiringan..betul tak??

*****

Bagaimana dengan pemerhatian anda pula???? Saya rindu sangat keadaan masyarakat pada 16 tahun yang lalu…masih berpakaian menutup aurat dgn betul,..ibu bapa xsegan silu untuk saling betul memperbetulkan anak2,..para remaja masih lagi kelihatan keluar bersama keluarga, ..xrisau atau takut2 untuk keluar ke kedai,..kurang konsert,..xramai merokok,..dan boleh makan di luar dengan tenang,etc..

Rindunya! Bagaimana pula hidup kita 15 tahun yang akan datang..??? Marilah sama2 berdoa agar kita ditetapkan hati atas Agama Allah ini…biarlah Iman kita walau senipis kulit bawang sekalipun seperti; pepatah Melayu-tak lapuk ditelan zaman!.. Sama2 perbetulkan masyarakat kita dgn bermula dr diri kita sendiri..menyeru pada kebaikan dan mencegah kemungkaran..dengan cara ini, kita akan terselamat di dunia dan di akhirah,InsyaAllah.

Maaf juga jika ada sebarang salah silap dlm penulisan ini yg mungkin mengguris hati anda yg membaca..sekian, laporan daripada sy untuk,..(coppp,bukan dr Karam Singh Walia melaporkan untuk TV3 eh..) tp untuk kebaikan bersama..insyaAllah. (“,)/

Wassalamu’alaikum~

Wednesday, April 21, 2010

" 3 API CINTA"..


Assalamu’alaikum to all readers…

Petang2 ni saya akan bawa anda meninjau kembali Topik Halaqah TV9 tentang 3 API CINTA..Syabas juga diucapkan kepada pihak Halaqah TV 9 yang selalu muncul dgn topik2 yg bagus setiap minggu.. Tanpa berceloteh panjang- seperti biasa program dimulakan dgn ayat2 Al-Quran…

Tafsiran pada Surah A’raf ayat 16 dan 17 yg diutarakan adalah seperti berikut;
Iblis berkata; “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan mengambil tempat dengan menghalangi mereka(dari menjalani) jalanMu yang lurus” (16)“ Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka,dari kanan serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur” (17)

Menurut ustaz Zahazan, ayat diatas adalah sambungan pada janji Allah yg bersetuju untuk memanjangkan umurnya pada satu masa dan iblis lalu berikrar untuk menyesatkan manusia sepanjang hayatnya.

******

Pendek kata, manusia yg terdiri drpd komponen jasad, ruh dan akal serta nafsu..jika tidak dipupuk dgn nur Islam maka mudahlah kita dikawal oleh syaitan yg sgt bersemangat tinggi.

Berdasarkan riwayat Abu Talhah r.a dr ibn ‘abbas r.a yg dita’wilkan dr ayat dia atas adalah bhwa yg dikatakan dengan depan, belakang, kiri dan kanan sebenarnya:
i- menimbulkan ragu2 ttg Hari Pertemuan manusia dengan Allah SWT (Hari Kiamat)
ii- membuat manusia cintakan dunia
iii-melambat-lambatkan manusia dr melakukan kebaikan
iv-memandang kecil pada keutamaan untuk bertaubat.

******

Seterusnya ahli panel meghuraikan maksud “ 3 API CINTA”;
Secara umum yg sempat saya catit, pertama kisah Habil dan Qabil yg diakhiri dgn terjadinya pembunuhan pertama di dunia ini, kedua kisah Zulaikha dan anak angkatnya Nabi Yusuf a.s, serta kisah Nabi Adam a.s dan Hawa alaiha.s di mana semuanya berkisarkan CINTA.

Nabi SAW berpesan kepada umatnya; “dunia ini sifatnya manis dan hijau (cepat rosak),……hendaklah kamu takut pada godaan dunia dan wanita.” (Riwayat Muslim)

>>> Namun begitu, KETAKUTAN yang dimaksudkan adalah dgn sentiasa berwaspada dan berjaga2..sepertimana yg termaktub dlm surah Ali-Imran ayat (14) yang berbunyi;

“Dihiaskan (dijadikan indah) buat manusia; kesukaan kepada perkara-perkara diingini nafsu; perempuan-permpuan dan anak-pinak, harta benda yg byk bertimbun2,…semua itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada Allah SWT, ada tempat kembali yg sebaik2nya (syurga)”

>>> Jadi bagaimana untuk kita jauhi GODAAN ini??
Rujuk pada surah Israa’ ayat 32. Allah tidak terus berfirman ‘jangan berzina’ tapi menggunakan pendekatan yg jauh lebih baik iaitu ‘jangan MENGHAMPIRI zina terlebih dahulu, seperti ayat- mencegah itu lebih baik dari mengubati..

Dan tambah ustaz Norhisham kenapa kita sekarang kalau sebut ttg CINTA fikirannya melayang ke Hollywood, Bollywood (menari di taman bunga, berpegang2an )kenapa kita tidak terbayangkan kisah cinta yg mulia dan suci antara Siti Sarah dan nabi Ibrahim a.s, kisah Khadijah r.ah dan nabi Muhammad SAW atau kisah cinta anak perempuan nabi Shu’aib a.s dan nabi Musa a.s yg penuh adab itu??????

>>>> Syeikh Nasir ‘Ulwan dlm kitab penulisannya Tarbiyyatul Awlad mengatakan maksiat yg berlaku pd masyrakat muslim kini adalah kerana beberapa faktor;
i-masa lapang yg byk
ii-kesihatan yg ada
iii-sebaran media
iv-tak membudayakan amar ma’ruf nahi munkar

******

Di akhir perbincangan; ditegaskan lg oleh kedua2 ahli panel..tiada siapa tidak pernah melakukan dosa baik sikit, kecil, besar melainkan Rasulullah SAW yg ma’sum..tapi yakin dan ingatlah pintu taubat kpd Allah SWT itu sentiasa terbuka luas, dan akan tertutup pada saat nyawa di tenggorokan. Ayuh, jgn kita sia2kan rahmat dan kasih Allah ini..=)

>>> Dan 3 perkara penting dlm bertaubat adalah:
i-ilmu agama dan tahu konsep taubat
ii-kawan2 yang baik dan soleh
iii-persekitaran yang membangunkan jiwa Islami

>>>>Pelan Tindakan @ Action Plan:
i- ambil berat ttg ‘Aqidah
ii-pemilihan pasangan dr keturunan yg baik
iii-penamaan anak dgn nama yg baik
iv-dampingi keluarga dan masyarakat dgn kasih sayang
v- membudayakan ilmu

>>> Rahsia Nabi Yusuf terselamat dr godaan API CINTA Zulaikha pada usianya yg muda ketika itu adalah kerana keikhlasan baginda dlm beribadah kepada Allah SWT. Merujuk pada tafsiran Surah Sad (82-83):

Iblis berkata: “Demi KekuasaanMu (wahai Tuhanku) aku akan menyesatkan mereka semuanya” (82) “Kecuali hamba2Mu di antara zuriat2 Adam itu yang dibersihkan, dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan “ (83)

Ustaz Zahazan kemudian menerangkan bahawa yg dimaksudkan bukanlah syaitan TIDAK MAHU menggoda mereka ini, tetapi sememangnya ia LEMAH ! kerana KUATnya hamba2 Allah yg sentiasa meminta perlindungan drpd Allah SWT dan ikhlas dlm beribadah. (“,)

~SEKIAN~

Jadi mari bersama2 kita angkat senjata (berdoa) dan ikhlaskan diri dlm beribadah kpd Allah ‘Azza Wajalla supaya dapat jua akhirnya kita meraih kemenangan dlm peperangan besar dgn iblis, syaitan serta konco2nya ; musuh kita yang nyata…INSYA ALLAH.
Maaf juga klu ada sebarang kesilapan dlm penulisan balik petikan ceramah Halaqah ini..Wassalamu’alaikum~

Petikan Ceramah Program Halaqah TV9;
Siaran pada 18 April 2010, “3 API CINTA”
Dihoskan oleh, Ustaz Badlishah
Panelis; Ustaz Zahazan Mohamed
Ustaz Syed Norhisham Al-Idrus

Monday, April 12, 2010

Siapakah aku disisiMu...

Assalamu’alaikum warahmatullah..

Di ruangn yg terbatas pada petang2 isnin ni..sama2 kita lihat lebih mendalam ungkapan di atas…

Selalu saja pasangan bergaduhan dan bertanyakan “siapakah aku di hatimu?” mcm cerita2 drama lah lebih kurang kan,sampai menangis, meraung,membunuh diri dan segala2lah yang di luar batasan akal dan syariat…. Tp jauh sekali org nak bertanyakan pada diri dan hati mereka terlebih dahulu,-

“Siapakah aku pada pandanganMu, Ya Allah…?”

Sebenarnya, semalam saya ada terbaca sebuah buku yg berkisarkan ilmu Tauhid dan Tasawwuf.. Sedih dan sayu rasa..seharusnya tingkah laku ku ini hanyalah untukMu semata2, tapi mungkinkah kadang2 just to please people atau mgkn hny nak mendapatkan sesuatu???..Astaghfirullahal ‘aziim... ..berfikir panjang sy…..

Saya teruskan juga bacaan pada perengggan seterusnya,…cara MUDAH untuk menjawab persoalan2 di benak ini (“,)
---> “mengetahui kedudukanmu di sisi Allah SWT adalah dgn melihat kedudukan Allah SWT dalam hatimu”,….

iaitu bagaimana kita sebagai hambaNya meletakkan hak2 Allah SWT dalam kehidupan kita..taat atas petunjukNya atau sebaliknya?.. Misalnya; kalau perintah Allah SWT yang menyuruh kita bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat, tunaikan haji, menutup aurat dgn selengkapnya dan lain2 kita kerjakan maka kita akan dapat keredhaan Allah SWT, jika sebaliknya kita ketepikan dan berpaling maka layaklah juga kita mendapat kemurkaan Allah.. just like a reciprocal relationship..(“,)

Tiadalah yang seorang hamba harap-harapkankan dlm hidup ini melainkan keredhaan Allah SWT yang meliputi segala isi di bumi dan langit ini.. betul tak? Once kita letakkan kepercayaan dan keyakinan kita pada Allah SWT dan sebagai yang paling Utama dlm urusan kehidupan, Allah SWT akan permudahkan segala2nya..kerana Allah SWT jua Pemilik seluruh alam cakerawala ini.. apa lg yg perlu dikhuatiri?? (“,)

Ayuh kita sama2 pbetulkan diri, misi dan visi hidup ini…saya juga sedang berusaha sebaik mungkin untuk meletakkan diri ini pada kedudukan yg betul..moga Allah SWT tidak jemu mengurniakan Nur, Taufiq dan Hidayah buat hamba yg mendamba kasihNya..(“,)

Monday, April 5, 2010

Love Letter....(",)

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Hoho..how are u all doin’ today ??(ayat cikgu time skool kecik2 dulu) hehe…
so 0ur topic of the day is LOVE LETTER..wah…(“,) blink2 huh??
Love Letter@ Surat Cinta…ehem2..there are several definitions that we can revise together..

Definition 1: from your lover, or secret admirer, not mine obviously..=P
Definition 2: from pakcik polis..mahal kot..berharga $300!!..hehe
Definition 3: Al-Quran from ALLAH SWT ,Our Creator..paling mahal but yet it’s free of charge (“,)/

So lepas mlihat dan meninjau ketiga2 definisi di atas..mungkin kita tak sedar yg Al-Quran penuh dgn panduan dan nasihat serta amaran dari AllahSWT kepada kita semua, untuk apa semua ni?..supaya kita semua selamat dan bahagia dalam hidup di dunia dan akhirat…tp jauh sekali kita semua nak menghargai Kasih dan Rahmat ALLAH SWT….

Bukan setakat tu sahaja, every huruf yg dibaca jg diberi 10 kebajikan…mcm kata ustaz - kalaulah pahala tu dalam bentuk duit..rasanya tiap2 saat kot nak baca al-Quran or beribadah disebabkan nak kaya cepat.. Apatah lg klu satu ibadah tu diberi umpama segunung emas- boleh rosak kot rumah dihempap gunung emas!…haa..gitulah klu nak diceritakan pahala yg tak terhingga. =D

Tp org selalu berkata xsempat baca lah apa lah..byk alasan diberikannya..sedih,sedih… tp magazine or newspaper tetap di tangan setiap masa..bagaimana pula nanti di alam barzakh..tatkala ditanya para malaikat:

“Apakah Kitabmu??” = dengan yakin menjawab “Al-Majallah, Al-Akhbar…”

(haa..sudah…..abihlah kita dikerjakan jawabnya)Na'uzubillah... (-.-)”

Lagi satu persoalan- kenapa bila nak pegang and baca Quran ja..rasa malas dan mengantuk??..mestilah, sebab si syaitan akan kalah teruk kalau kita membaca Quran dan dengan membaca Quran itu hati manusia menjadi tenang dan hati kita yg penuh karat (bukan emas karat 966) disucikan Allah SWT…anda pasti berasa sgt bahagia bila ingat akan Allah SWT (“,)/ percayalah!

Em, tak kurang juga ada orang taknak baca Quran sebab tak pandai. Mestilah boleh pandai kalau ada usaha nak belajar ..betul tak? (“,) dan nabi pun kata org yang tak arif membaca al-Quran diberi 2 pahala berbanding dgn yg arif membaca.. Bukan itu sahaja melihat Al-Quran saja sudah diberi pahala..Subhanallah..(“,)

Dan kalau tak salah saya, dalam hadis yg sy terbaca di Asro Oasis kata nabi SAW, tidak dikira lalai seseorang jika dia membaca 10 ayat al-Quran setiap malam..(hadis Riwayat Hakim)..tlg betulkan sy jika ada tersalah quote.

In a nut shell, (cewah) sama2lah kita memegang dan membaca Surat Cinta Allah SWT selagi ada kesempatan dan masih bernafas dan jadikan ia sebagai panduan hidup bersama..moga hidupmu dan hidupku diberkati Allah SWT sentiasa..Amin Ya Rabb..

Wassalam~ (“,)/