Saturday, February 13, 2010

Saya pasti Nombor 6 Lebih Besar dari 2!

Al-Hujjatul Islam; Imam Al-Ghazali r.a ingin memiliki sebenar2 iman kepada Allah SWT tanpa sedikit ragu, sebagaimana pastinya beliau yang nilai nombor 6 > 2.

Inilah yang baru saya pelajari dalam History and Philosophy of Psychology tempoh hari, diajar oleh seorang Professor yang sgt2 saya hormati dan kagumi..

Sebenarnya dalam bidang Psychology, Imam Ghazali r.a dianggap yang pertama meng’Islam’kan Psychology dari segala teori2 masyarakat Greek yang kadang2 menyimpang dan tak kurang yg agak secular(membezakan agama dan reality).Beliau mengutarakan apa yang ingin disampaikan oleh kebanyakan ahli falsafah tika itu. Malah beliau juga cuba memperbetulkan sesetengah pandangan dari cermin perspektif Islam dan sebagainya dalam bentuk penulisan.

What a great contribution! Allahu Akbar(“,)

Menurutnya lagi, manusia terbahagi pada 3:
i. Orang kebanyakan (beriman secara turun-temurun atas dasar percaya pada apa yg disampaikan oleh orang lain kepadanya)
ii- Mutakallimun (mereka beriman atas bukti dan tanda yang kukuh)
iii. Manusia yang memiliki al-Basirah iaitu mata hati yang celik dan benar (beriman dengan sepenuh hati tanpa ada sedikit ragu dan tidak menunggu atau bergantung semata-mata atas bukti untuk mereka beriman)

# Golongan ke-3 lah yang kita semua harap2kan…betul tak? - Mempunyai iman yang benar tanpa ragu dan berusaha untuk mendapatkan status sebagai Hamba Allah. Status yang sangatlah tinggi nilainya dari segala apa yang terkandung dalam seisi bumi dan langit ini.. (“,)

No comments:

Post a Comment