Wednesday, February 10, 2010

Si Perigi & Kawannya Si Timba

Assalamu’alaikum..

Hurm….apa pendapat anda ttg isu perigi dan timba dan pepatah tentangnya-“Perigi Mencari Timba” yang dimaksudkan perempuan yg memulakan langkah dlm suatu perhubungan dgn mencari lelaki sbg teman hidup, instead of lelaki mencari perempuan.
Pendapat peribadi saya,tiada masalah memandangkan mencari teman hidup adalah satu perkara yg sangat2 penting atas dasar bagi memastikan kelangsungan zuriat atau keturunan yang soleh dan solehah,mentauhidkan Allah dan dapat menjadi pejuang2 agamaNya,seterusnya menjamin kebahagiaan kita sbg ibu bapa kelak,baik di dunia dan di akhirah.

Di zaman Rasulullah S.A.W , isu ini menjadi satu fenomena biasa yang tidaklah bercangggah dengan Islam menurut sebuah buku bertajuk :20 Tips Mencari Teman Hidup. Ada juga beberapa wanita yg bertanya dan meminta pandangan daripada Rasulullah S.A.W mengenai bakal suami yang plg sesuai buat mereka. Tapi berbeza dgn masyarakat Melayu di Malaysia, ia dipandang perkara yg agak memalukan dan sebagainya.

Mengapa begitu?

Jika kita semua sudah menemui seseorang baik untuk lelaki atau perempuan berdasarkan ciri2 yang digariskan dlm Islam, teruskanlah pada langkah seterusnya yang juga berlandaskan syariat Islam dan adat. Tapi sebelum itu, perlu bersolat istikharah berkali2 agar tidak tersalah pilihan…(“,)/
Pandangan anda amat sy alu-alukan..

……“Wahai Tuhan kami,berikanlah dari kami isteri2 dan zuriat, perkatra2 yang menyukakan hati kami melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi org2 yang(mahu)bertaqwa. (Furqan:74)

Amin Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment