Saturday, January 30, 2010

Psychology??

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Malam tadi selepas solat maghrib, saya bersembang dengan seorang kawan lama waktu di sekolah menengah..Kami saling bertanyakan hal ehwal hidup dan kursus yang diambil.
Bila saya menjawab;"I'm studying Psychology"...then later asked me "what is Psychology???"

Hurm..........,There were too many answers I had in mind at that time...one of them is the one that has been written in most of the Psychology books-
"Psychology is defined as a scientific study of the mental processes and human behavior.."..owh,..its too 'skema' rite,cannot,cannot..hehe.

In the end i replied to my friend that "Psychology is somehow more than that,whereby for me it teaches and trains myself to know myself and others better.."I learn to know what differentiates people,try to adapt with my surroundings,tolerate better,not to jump into concusion without investigating and lots more.. It is not like what people think that Psychology enables one to manipulate@brainwash peoples' mind or to interpret people's thoughts..Of course not lah..=) I wish I can,hehe..

Em,Psychology covers on cognitive, learning, personality, physiology, social, statistics, psychometrics,and others. But the most crucial theme in Psychology for Muslim psychologists is the Islamization of Psychology where we will then be able to see the real underlying concept of human nature and the Greatness of Allah as The Creator..

Like all my psychology lectures have been saying that; Psychology is nothing if we as Muslims do not take into account the concept of soul@ Islamic spiritual dimension which links humans--this present world--the hereafter--The Most Almighty Allah SWT.
Man's life and behavior are too complex that it could not be explained by theories or be broken-up into tiny bits like what we have in exact sciences such as physics,chemistry.Thus without all these, Psychology is only regards as pseudo-knowledge or the false knowledge.

Erm..this is merely my opinion and what I understand from the lectures and books..I admit that I am not the right person to discuss on Psychology in depth.(",) Btw,I really want to express my gratitude to all my lecturers for sharing their precious experiences and knowledge on Psychology and the way to Islamize its doctrines @ paradigms.

May Allah bless them and you as well,..! (",)/

Friday, January 29, 2010

Nasi Tomato dan Keluarga..




Assalamu'alaikum...

Hari ni hari Jumaat@Sayyidul Ayyam..Selalunya kami sekeluarga akan menikmati hidangan yang agak lain daripada hari biasa,special ckit,hehe..So,hari ni menu makan tengahari di rumah kami ialah nasi tomato..alhamdulillah,kenyang pun semua orang.
Tapi cerita yang nak dikongsikan bukanlah nasi tomato sahaja..hehe.Tetapi tentang hal keluarga semasa makan bersama..(",)

Benarlah, Islam ini sgt menitikberatkan konsep jemaah. Bukan sahaja dalam ibadah, perbincangan semata-mata tapi dalam menikmati sesuatu hidangan juga. Allah SWT juga menjanjikan keberkatan kepada keluarga yang makan bersama,tidak kiralah makan di luar atau di rumah.

Ini hanyalah dari pemerhatian saya, individu yang jarang ataupun tidak melazimkan tradisi makan bersama keluarga ini mempunyai ciri2 personaliti berbeza. Contohnya; bersifat mementingkan diri kerana dalam makan secara berjemaah,kita akan mempertimbangkan samada sesuatu juadah dapat dinikmati semua ahli keluarga atau tidak. Tambahan pula, adab makan yg diajar untuk mengambil yang lebih dekat mengajar kita supaya tidak tamak dan lebih sabar.

Contoh lain, menunggu ayah sebagai ketua keluarga untuk membaca doa dan 'merasmikan' makanan mengajar kita untuk menghormati ibubapa dan orang lain secara keseluruhannya. Semasa makan bersama, ahli keluarga juga dapat duduk bersama dan bergurau senda, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..Dengan ini, masalah keruntuhan institusi keluarga dapat dielakkan.Betul tak?

Hurm terlampau banyak jika nak dikatakan satu persatu tentang adab makan,makan berjemaah dan keluarga ni kan..Semuanya saling berhubung kait. Cuma,apa yang boleh saya katakan; ALHAMDULILLAH kerana Allah SWT masih berikan kesempatan untuk saya makan bersama keluarga tercinta di saat orang lain tidak berkesempatan atau enggan duduk untuk makan bersama keluarga. Keduanya; SUBHANALLAH betapa indahnya sistem Islam,agama Allah ini (",)/

Wednesday, January 27, 2010

Boleh Menilai Sebuah Buku Dari Kulitnya

Assalamu'alaikum...

Kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang isu tegur menegur..
Hurm...Kebelakangan ini,jika anda juga perasan, sebarang apa jenis teguran kita kepada keluarga,saudara-mara, rakan taulan dan sesiapa sahaja demi kebaikan mereka seringkali dibalas dengan ungkapan-ungkapan seperti dibawah yang sekaligus memberi erti bahawa kita tidak layak memberi teguran kepadanya.Betul tak? Contohnya:-

"Jangan menilai sebuah buku dari kulitnya"

"...penampilan atau rupa tidak penting kerana Allah tidak melihat pada rupa tapi pada hati yang bersih,.."

Ungkapan seperti ini kita dengar dalam percakapan dan mulut orang yang selalunya bertujuan untuk menyembunyikan kelemahan diri atau untuk menyindir orang lain dan sebagainya..Tapi sebenarnya dalam Islam, ungkapan ini ditambah lagi dengan penggunaan ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya..

Menurut pengarang buku agama Hj.Abdul Rahman;

Hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

""Ketahuilah bahawa di dalam diri anak Adam itu, ada sepotong daging,yang ianya bila baik,maka baiklah seseorang itu,dan apabila ia buruk,maka buruklah amalan seseorang itu. Ketahuilah,ia adalah hati" (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis ini, menurut neraca Islam,boleh disimpulkan bahawa;

Pada peringkat pertama:

kebaikan hati terserlah pada amalan dan tindak tanduknya. Ertinya,jika amalan itu menyalahi ajaran Islam maka terserlahlah kekotoran hatinya,begitulah juga sebaliknya. Jika tindakan luarannya tampak baik,maka wajarlah dikatakan baik.

Peringkat kedua:

Baik di peringkat kedua pula adalah kelurusan hati dan tujuan suatu amalan itu adalah hanya ada pada pengetahuan Allah S.w.T sahaja.

Hakikatnya, sesuatu hal yg baik mahupun buruk perlu berdasarkan standard piawai yang tepat yang telah digariskan Allah dan RasulNya, bukan menerusi fikiran dan nafsu manusia semata-mata..dan kita juga perlu berhati-hati agar jangan sampai kita gunakan ayat-ayat Allah SWT dan hadis untuk mempertahankan yang batil dan membela diri yang sememangnya salah.

Saya juga pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Abdullah Gymnastiar. Beliau mengatakan bahawa setiap teguran daripada seorang insan kepada insan yang lain itu adalah merupakan tanda kasih sayang Allah, agar tidak terus menerus jauh terpesong dari jalanNya. Tapi kebanyakan manusia selalu pula ditepis oleh ego yang menebal dalam diri. Kadang-kala teguran juga dianggap seperti perlakuan bersangka buruk..tidakkah rugi??

Beginilah antara salah satu cara syaitan mengambil kesempatan dalam menghasut manusia; dari kelemahan dan keegoan diri kita juga.
Tapi apapun, sama2lah beringat bahawa hanya orang yang baik dan yang mengambil berat akan kita sahaja yang selalu menegur kita tanpa jemu;kerana mereka sayangkan kita..jadi, sama-samalah kita terima teguran dengan hati yang terbuka dan hargai kasih sayang Allah S.W.T dan orang-orang di sekeliling kita.. (",)/

Wallahu A'lam..

Monday, January 25, 2010

HARAMAIN...


BAITULLAH....

Menggamit seribu memori, seribu nostalgia, seribu rahsia Pencipta dan menjadi simbol perpaduan umat Islam dalam menyembah Allah Yang Maha Esa.. Bagi setiap manusia yg pernah mengunjung ke Haramain (Makkah dan Madinah) pasti merasa rindu untuk kembali menjejakkan kaki ke sana, malah ada yg bercita-cita untuk meninggal dan dikebumikan disana...Dan pasti,semua mengharap agar beroleh umrah atau haji yang mabrur sekembalinya ke tanah air..

Dengan talbiah yang berterusan manusia menuju ke Masjidil Haram sambil mengungkapkan-
“Labbaikallahumma Labbaik, Labbaika La Syarikalaka Labbaik”... (Kami sambut panggilanMu Ya Allah Tiada Sekutu bagiMu, Kami sambutpanggilanMu)..sehinggalah sampai di kawasan berbatu marmar putih, tersergam indah Baitullah…Hati menjadi getar, bibir terkelu melihatnya..

Setiap mata yang memandang Baitullah terpaku dan kagum akan keagungan Allah Tuhan Sekelian Alam ini…Setiap jiwa mempunyai perasaan yang berlainan ketika itu..Setiap mata yang memandang pasti menitiskan air mata keinsafan tatkala melihatnya tanpa disedari...ibadah selama 7-14 hari atau 46 hari,dalam masa yang singkat ini bukanlah sekadar ibadah tapi pada masa mengajar manusia erti kehidupan sebenar dan perhubungan sesama manusia yang datangnya dari pelbagai penjuru dunia dengan satu tujuan. Subhanallah…Ajaib bukan?

Makkah dan Madinah, tanah yang menjanjikan keamanan, kebahagiaan dan rezeki..Menjadi saksi pada perjuangan Nabi dan Rasul Allah serta kaum muslimin dan muslimat sebelum ini dalam menyampai dan menegakkan kalimah Tauhid walau jiwa dan jasad menjadi taruhan..Tanah Suci ini akan dipelihara oleh Allah dari musuh-musuh Islam dan Dajjal sehingga Hari Kiamat.

Hakikatnya, baik yang berharta atau tidak berharta, jika tidak ditetapkan Allah menjadi tetamuNya di sana,pasti tidak akan sampai juga.. Ada yang berharta tapi langsung tidak pernah memasang niat untuk ke Tanah Suci Penuh Barakah...Bagi yang tidak berkemampuan pula, hanya berserah pada takdir tanpa usaha ke arahnya..

Ringkasnya, menjadi tetamu Allah di Tanah Suci bukanlah dengan berkata-kata seperti "menunggu seru,.." atau impian semata-mata,tapi ianya memerlukan doa,usaha serta pengorbanan yang berterusan..Allah SWT pasti mendengar dan memakbulkan doa hambaNya yang ikhlas ingin menunaikan ibadah umrah dan haji di sana..Yakinlah!


***************

~“Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanya untuk Allah SWT Tuhan Sekalian Alam”~

# Click hereto watch live solah recording: http://www.haramainrecordings.com/

Rindu,Kasih dan Cinta..

SESUNGGUHNYA

Lyric and Song by; RAIHAN (nasyid group)
http://www.youtube.com/watch?v=9OdcNMNHssI

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

********

This Raihan song,me myself dont know when exactly this album was released..but I'm very sure that it was in the 90s, of course..hehe.
However it did give a very big impact to Malaysian Muslims at that time, by releasing their 1st album in Malaysia, especially in the entertainment industry and da'wah..
Since then, i become one of Raihan fans..their songs are very touching and focus more on instilling love towards ALLAH the Most Loving and the Most Merciful...Alhamdulillah.
May Allah bless them for their efforts in preaching people to the Right Path of Allah....
Amin Ya Rabb...
Btw,....i recommend you all to buy RAIHAN's albums...(",)/

Sunday, January 24, 2010

Bookshop & Masjid...

Assalamu'alaikum...

Selepas berminggu-minggu sibuk,akhirnya ada jugaklah time untuk sy bercuti..
Adalah plan yg dibuat tp xtaulah terbuat atau tidak..
Smlm sy pergil ke kedai buku..dlm 'membeli-belah', terlihat bahagian buku-buku agama,jadi sy pun terus belilah jawabnya...berjudul; Sifat Calon Syurga dan Nabi Muhammad S.A.W Contoh Tedan Terbaik...
Sedar tak sedar dah 1431 tahun hijrah jauhnya kita dr zaman nabi kita yg tercinta..
Pada zaman begini juga,mgkn anda juga terasa sgt dahagakn ilmu agama...
Oleh itu,sy seru pd diri sy dan anda agar sama2 muhasabah diri,dan usaha persiapkan diri bertemu Allah 'Azzza Wajalla..
Dengan mengingati Allah atau ingat akan kematian, bukanlah bererti kita berfikiran jumud seperti yg diperkatakan kebanyakan orang..malah ianya membuat hidup kita lebih proaktif dan mengajar kita lebih hargai masa...setuju??

******

Pada waktu zuhur pula, di masjid...

Kebetulan masjid pada hari Sabtu dan Ahad menganjurkan marriage course buat yg ingin mendirikan rumah tangga..
yg menyedihkan, ramai bakal2 pasangan pengantin yg menyertai kursus tersebut tidak bergegas untuk bersolat jemaah dan ada juga yg tidak ketinggalan, langsung tidak mendirikan solat tp terus duduk berdua-duaan di tepi masjid kata pakcik pengawal..

Bagaimana mungkin bagi bakal2 ibubapa hendak mendidik anak yg taat dan soleh nanti jika ibubapa sendiri tidak pernah mementingkan tuntutan Islam apatah lg solat fardhu sebagai salah satu dr rukun Islam yg wajib dan menjadi tiang pada agama..?

Sama2 kita fikirkan... (",)

Friday, January 8, 2010

Hari Jumaat...

Hari Jumaat....

What a hectic day today...Since morning non stop doing work, a groupwork assignment actually..hehe..
Lots of students having their discussion at the cafe too....
Sampailah jam menunjukkan....1.10pm.
Hurm...bila diperhatikan,ramai jg brothers yg xbergegas nak ke masjid..
Sedangkan lagi 5 minit azan zuhur akan berkumandang.
even dah msk 2nd azan,still nobody made a move...
Some of them were still having discussion and nevertheless ada jugak yg still ber'dating'..
And surprisingly, ever after jumaat prayer ended, ada lg sekumpulan besar lelaki masih lg berjalan sambil lewa untuk ke masjid...tak ada pula kelihatan rasa cemas;takut tertinggal fardhu jumaat yg hanya 50 minit,seminggu sekali....

Allahu Akbar,..very dissappointing, huh...

So,....what's the moral of the story (".)?..

Timbul satu pertanyaan dibenak fikiran..-
--> Kerja?? Kekasih??
"Dimanakah ALLAH S.W.T dalam hati kita semua??"

Thursday, January 7, 2010

Posting in my own blog

Assalamu'alaikum to all....

Wishing you a very bless day....
Hurm,nothing much to say here actually...
However,I intend to share my daily experiences and my
opinions with the readers in this humble blog;
It could be academic matters and non academic matters as well..
Positives comments from the readers are highly appreciated...
For your information, all my postings after this are most probably will be written in Malay Language.
Hurm..anyway, I hope that this blog would benefit all,especially you,
insyaAllah (",)/

Wassalam...