Sunday, July 11, 2010

Isra' Mi'raj Hanya Dongengan?

Assalamu'alaikum to all readers..

Di sini sy hendak berkongsi dgn anda tentang 1 post yg sgt menarik..ttg Israk Mikraj dan apa mesej dan "Projek Agung"di sebaliknya yg telah Allah SWT sampaikan kepada Nabi Muhammad SAW..(^^) Jom kita baca~

*****************

Isra dan Mikraj hanya kisah dongeng

Fri, Jul 9, 2010

Islam

Assalamualaikum 1Malaysia, setelah Abu Talib dan Khadijah yang menjadi pelindung wafat kedudukan Rasulullah saw di Mekah semangkin terdesak dengan gangguan berterusan oleh pihak Kuraisy. Dalam kesedihan yang amat sangat, suatu malam pada tahun 621M ketika Rasulullah berada di rumah saudara sepupunya, Hindun Abu Talib, Baginda telah didatangi oleh Jibrail dengan diiringi Israfil lalu diISRAkan menaiki Buraq dariMasjidil-Haram ke Madinah, Bukit Tursina, Baitul-laham dan berakhir di Masjidil-Aqsa. Daripada Masjidil-Aqsa Rasulullah diMIKRAJkan ke langit dengan menaiki tangga yang diturunkan daripadaSyurga ke Baitul-Makmur (betul-betul di atas Baitullah, Mekah), Sidratul-Muntaha, Mustawa, Sharirul-Aqlam, Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab bertemu dan berdailog denganALLAH swt.

Dalam MIKRAJ Rasulullah telah ditunjukan dengan berbagai peristiwa antaranya :

1. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zinasedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

2. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

3. Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Di Arsy, Allah swt telah memerintahkan umat Rasulullah untuk solat 50 kali sehari. Setelah berjumpa Nabi Musa, Rasulullah turun naik beberapa kali bertemu Allah swt untuk memohon mengurangkan jumlah solat sehingga berakhir dengan ketentuan solat 5 kali sehari. Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Mungkinkah Isra dan Mikraj ini hanya kisah dongeng untuk sebahagian besar umat Islam. Kenapa tidak walaupun berbagai peringatan telah diberi tetapi umat Islam ramai yang tidak solat, tidak menutup rambut dan berzina sehingga berlaku kes buang bayi yang tidak terkawal tanpa rasa takut. Sedihnya apabila dengar komen seorang wanita “Saya belum bersedia pakai jilbab, insyallah saya akan pakai bila terbuka hati”.

Adakah Isra dan Mikraj hanya kisah dongeng untuk mereka ini?

Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah Al-Israa’: Ayat 1)


Thursday, July 8, 2010

Siapakah Gerangannya??

Assalamu’alaikum to all readers..

Wah,rasa lama tak tulis di blog nih..insyaAllah, sem pun dah nak start, after 3 months holiday~ (^^) Cuma sebelum sem mula ni, sy nak bawakan satu topic untuk kita sama2 fikirkan..Yang mungkin kita lupa akannya, tapi kita tak akan sesekali dilupakannya..Pening?? ya,..kalau anda pening..baca lagi..kali ni lebih serius eh..ohya sebelum baca,..tekan play pada video terlebih dahulu dan teruskan bacaan dengan penuh penghayatan jika boleh (^^)~

*************

Yang sy maksudkan adalah Rasulullah SAW..(^^) Sebagai rasul utusan Allah SWT, baginda tak pernah berputus asa atau berundur walau setapak dalam menyampaikan dakwah sehinggalah dengan izin Allah SWT, Islam masih bersama kita. Kita di Malaysia dan rantau nusantara ini Alhamdulillah, kebanyakan orang Melayu kita dilahirkan sbg Muslim. Alhamdulilah juga, atas nikmat terbesar ini,Ya Allah! Mungkin skrg kita tidak sedar akan kebesaran agama ini...tp percayalah, di hari kebangkitan kelak semuanya akan terbukti dan ingatlah di saat itu taubat dan kesal tak lagi berguna..

Sepanjang hidupnya hinggalah ke hari baginda wafat,baginda tak berhenti2 memperjuangkan Islam walaupun diancam dgn segala bagai ugutan...tapi demi menyampaikan ajaran Allah SWT, beliau redahi juga pahit maung dengan penuh ketabahan dan kesabaran....Untuk siapa semuanya?--umatnya..

Di saat baginda ditentang dan umatnya tidak lagi mahu mendengar atau enggan mengikut ajarannya, adakah baginda doakan agar Allah turunkan bala atas keingkaran umatnya?? Tidak, Rasulullah SAW sedikitpun tidak marah umatnya, malah terus mendoakan agar Allah SWT tunjukkan jalan yg lurus dan ampunkan umatnya…Ya,baginda tidak pernah marah kepada kita walau byk kesalahan kita lakukan,apatah lagi pada zaman ini...Untuk siapa semuanya?---umatnya..

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat; “Tahukah kamu siapa yg paling mulia disisi Allah dan Rasul,...?”para sahabat menjawab malaikat, kemudian nabi dan rasul, kemudian menjawab lagi-“ adakah kami para sahabatmu?”

Rasulullah SAW sambil merenung satu persatu..wajah-wajah para sahabatnya, lalu baginda bersabda; “sudah tentu kamu mulia wahai sahabat2ku,..tapi ada yg lebih mulia,”… para sahabah terdiam..-

”Saksikanlah wahai sahabat2ku,.. mereka adalah UMATKU yg akan datang selepas kalian,..”lalu Rasulullah tertunduk sambil menangis…

Baginda menangis ketika menyebut kita; umatnya yg belum lagi wujud tika itu..tp adakah kita sekarang menangis dan berselawat apabila nama Rasulullah SAW disebut?? Sambutlah namanya dengan selawat --“sallallahu ‘alaihi wa sallam”..Tidak rugi kita berselawat, malah 1001 macam kebaikan dijanjikan oleh Allah SWT pada yg sesiapa berselawat ke atas KekasihNya-Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Beberapa tahun hijrah sebelum kewafatannya, baginda mengerjakan haji wada' dan sempat juga memberikan khutbah wada' (khutbah perpisahan sebelum wafat)..Wasiat dan nasihat untuk umat yang sangat baginda cintai...mari kita semua mencari wasiat terpenting Rasulullah SAW itu, selepas ini.

Dan tatkala baginda hampir menghembuskan nafas…beliau masih menyebut2 umatnya.."Ummati,Ummati,Ummati"….tidak pula beliau menyebut2 ahli keluarganya terlebih dahulu..Ya Allah,..betapa besarnya kasih sayang dan cinta KekasihMu pada kami yg saat itu belum lagi lahir ke dunia fana ini!

Kasih dan Cintanya tidak berakhir di dunia ini, tapi….~

Sebaik sahaja dibangkitkan nanti, baginda akan tergesa2 menepis pasir dan debu atas badannya lantas bertanya kepada Jibril a.s akan keadaan umatnya. Baginda bergegas untuk mencari kita; umatnya yg berada dalam huru-hara dalam lautan manusia dari zaman nabi Adam a.s di Padang Mahsyar yang luas….matahari digambarkan seperti sejengkal sahaja di atas kepala manusia, ada yg bangun berupa haiwan, ada yang berpeluh-peluh kepanasan dan,..segala macam keadaan yg tak tercapai dek akal fikiran manusia untuk membayangkannya...Allahu Akbar.

Pintu neraka Jahannam akan Allah SWT bukakan,..maka terdengarlah suara neraka Jahannam yg mengerikan,....Dan di saat itu,walau datang pahala 70 nabi juga tidak mampu menyelamatkan seorang pun darinya..

Demi cinta kepada umat, Rasulullah SAW berjanji ,..bahawa baginda akan simpankan doanya agar dapat menjadi syafaat. Dengan itu, Allah SWT akan selamatkan umatnya dr dijilat api neraka…baginda berjanji untuk menolong sedaya upayanya,...Untuk siapa semua ini????—umatnya!

Ketika setiap hamba meniti di Titian Mustaqiim itu, Rasulullah SAW berdebar-debar memerhatikan dengan penuh kerisauan, takut2 ada di kalangan umatnya yg terjatuh ke neraka..Na’uzubillahi min zaalik~....Kerisauan baginda ini, tak tumpah seperti seorang ibu yg bimbang melihat anak kecilnya, malah lebih lagi risaunya baginda...

Ketahuilah sahabat2ku, Rasulullah SAW mencintai kita lebih dr ibu bapa, suami/isteri atau makhluk mana pun di dunia ini..syafaat baginda jua yg kita harapkan di akhirah sana agar Allah SWT dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya memperkenankan permintan Rasulullah SAW, sekaligus dapat menyelamatkan kita semua dari dijilat api neraka yang menjulang2..

Tapi….Mengapa---kita semua semakin mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT dan menjadi umat yg mengingkari ajaran yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW? Mengapa kita perlu angkuh dan ingkar?? Mahukah kita diazab Allah SWT seperti umat2 terdahulu yang mengingkari Nabi dan Rasul mereka serta membelakangi kitab2 Allah?

Dunia ini hanya mainan dan sementara sahaja..Akhirah jua yg abadi…Setiap umat telah pun Allah SWT utuskan Nabi dan Rasul untuk menjadi penyampai RisalahNya, pembawa berita gembira dan pemberi amaran untuk umat masing2..dan untuk kita semua,..telah Allah SWT utuskan Muhammad Rasulullah SAW, rahmat buat sekalian alam ini- penyudah sekalian anbiyaa’ dan bersamanya kitab Allah ‘Azza Wajalla iaitu Al-Quran; sebagai panduan hidup yg terunggul sepanjang zaman…

Mari,..marilah kita berlayar bersama-sama di lautan dunia fana dengan menaiki bahtera Al-Quran dan As-Sunnah..dan sekaligus mendapat keredhaan Allah SWT yg sgt2 didambakan oleh setiap hamba..

Kami Rindu Padamu,Ya Rasul...Kami Sayang Padamu,Ya Rasul~

Sekian..Wassalamu’alaikum~


Dipetik daripada suatu ceramah oleh al-Ustaz Badli Syah Alauddin

#sy mendengar nasyid di atas sambil menulis blog ni...sgt mengharukan..rindunya pada baginda...terimalah kami semua sbg umatmu, Ya Rasulullah. Terima kasih juga buat tuan empunya video yg telah sy ambil dari YouTube, dan ianya di-edit sedikit..syukran jazilan wa barakallahu fiik..(^^)