Tuesday, February 16, 2010

Mencari dan Memilih Pasangan

Assalamu'alaikum...

Apa pendapat anda tentang isu proses atau langkah mencari teman hidup?sounds very methodological rite?but we have to,you see..(",)

So,let's see together..the yardstick(kayu ukur)outlined by Islam:
i. agama
ii.keturunan
iii.rupa paras
iv.harta

Tapi apa yang penting di sini bukanlah seperti w0nderpets KERJA--SAMA!! tetapi sabda nabi SAW pilihlah yang memiliki AGAMA; kerana agamalah yg menjamin kebahagiaan kita di dunia dan di akhirah.InsyaAllah.
Semua orang mengimpikan pasangan yg soleh dan solehah, tapi apa mungkin Allah SWT akan kurniakan pada kita jika kita sering melanggar batas syariatNya.Setuju?
Jika ianya bermula atas dasar nafsu, memang takkan ke manalah kita itu malah menjanjikan lagi kehancuran dalam hidup berumahtangga kelak.
Kerana 'si nafsu' akan menghambat orang yang telah pun terjebak ke dalamnya dan jalan untuk lari dari 'si nafsu' ini adalah dengan mensucikan diri,kembali padaNya Yang Satu.


Jadi bagaimana kita boleh mencari pasangan yg soleh atau solehah di sisi Allah?
Jawapannya,ialah dengan taat beribadah kepada Allah di mana itulah yg akan menjadi MAGNET yang menjadi daya tarikan pada pasangan kita kelak.Allah SWT akan membuka hati 'si dia' untuk menjadi teman hidup yang sebenar dan dengannya kita memperoleh zuriat keturunan yang taat dan mentauhidkan Allah SWT.

Dalam satu perhubungan juga kita tidak mahu orang ke-3,tetapi sudah semestinya kita memerlukan Pihak ke-3 iaitu ALLAH SWT. Agama dan iman juga menjadikan seseorang kelihatan bersih dan cantik selama2nya walau dengan meningkatnya umur kita..Yakinlah! Anda xperlu lagi risau untuk mengambil jamu,vitamin C atau botoux. hehe..

Sekian..Wassalam.

Petikan dari Halaqah (14-02-10)
"Isteri Idaman Hati"
Ustaz Zawawi Yusof
Dr Robiah

No comments:

Post a Comment