Saturday, September 18, 2010

Raya~

Assalamu'alaikum to all readers...

Eidul-Fitr Mubarak,..(^^) Huhu...pejam celik dah sebulan berpuasa dan dah pun beraya..Alhamdulillah..moga segala ibadah kita diterima dan pada masa yg sama disampaikan kita oleh Allah SWT kepada bulan yg dirindui;Ramadhan pada tahun hadapan sekali lagi,,..amin Ya Rabb..

**********

Hurm,...Sampai bilakah musim beraya akan selesai...?? mungkin sebulan klu di Malaysia ni,...nak "membalas makan selama sebulan agaknya",...phew... tp yg pasti beraya hanyalah sehari di bulan syawal dan 3 hari di bulan zulhijjah,..kan? (^^)
Tak mengapa klu yg berniat utk membuat open house atas dasar ingin menghubungkan silaturrahim, bersedekah dgn memberi makan,..etc.
Janji semuanya, mestilah Lillahi Ta'ala dan tidak sampai mengabaikan puasa sunat yg 6 di bulan syawal ini kerana ghairah menghadiri rumah2 terbuka yg hanya akan berakhir pada hujung2 syawal ni..(^^)"

**********
Lusa, terpaksa "membalikkan" diri ke university setelah 2 weeks holiday..hoho.. Kerja masih bertimbun2, bukanlah kerana sibuk beraya tapi macam2 hal yg terjadi spjg seminggu lebih ni..tp yg pasti, all works have to be done!
So skrg, kena kuatkan hati, mental dan emosi ini untuk terus maju ke hadapan..cewah! (^^) hehe...but I really mean it,..huhu~

**********
Gembira juga dgn adanya berita konvoi2 ke Gaza, baru2 ni..pelik tidak diwar2kan dlm berita dan media massasecara meluas...tertunggu2 juga sy dan keluarga..huhu..
Moga selamat semua perjalanan misi ke Gaza oleh Aqsa Syarif dan individu2 seperjuangan lain.. Dan semoga perjalanan fi sabilillah mereka juga sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT . Amin Ya Rabb..
Sama2 kita berdoa pada setiap masa untuk mendapat kesyahidan yg diidam2kan oleh para mukminin dan mukminat yg sentiasa mengorbankan nyawa, harta dan tenaga untuk perjuangan di jalan Allah ini.. Amin Ya Rabb...
Teringin juga di sudut kecil hati ini untuk turut sama menyertai konvoi ke sana suatu hari nanti, tambah2 lagi untuk bertemu Tarek Talla'a, adik yg dirindui..(^^) mudah2an diberi kesempatan oleh Allah SWT.

**********
Sampai sini sahajalah, coretan untuk malam ni..Selamat berpuasa 6 syawal diucapkan buat anda semua termasuk diri saya..(^^)

Wassalam~