Wednesday, April 21, 2010

" 3 API CINTA"..


Assalamu’alaikum to all readers…

Petang2 ni saya akan bawa anda meninjau kembali Topik Halaqah TV9 tentang 3 API CINTA..Syabas juga diucapkan kepada pihak Halaqah TV 9 yang selalu muncul dgn topik2 yg bagus setiap minggu.. Tanpa berceloteh panjang- seperti biasa program dimulakan dgn ayat2 Al-Quran…

Tafsiran pada Surah A’raf ayat 16 dan 17 yg diutarakan adalah seperti berikut;
Iblis berkata; “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan mengambil tempat dengan menghalangi mereka(dari menjalani) jalanMu yang lurus” (16)“ Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka,dari kanan serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur” (17)

Menurut ustaz Zahazan, ayat diatas adalah sambungan pada janji Allah yg bersetuju untuk memanjangkan umurnya pada satu masa dan iblis lalu berikrar untuk menyesatkan manusia sepanjang hayatnya.

******

Pendek kata, manusia yg terdiri drpd komponen jasad, ruh dan akal serta nafsu..jika tidak dipupuk dgn nur Islam maka mudahlah kita dikawal oleh syaitan yg sgt bersemangat tinggi.

Berdasarkan riwayat Abu Talhah r.a dr ibn ‘abbas r.a yg dita’wilkan dr ayat dia atas adalah bhwa yg dikatakan dengan depan, belakang, kiri dan kanan sebenarnya:
i- menimbulkan ragu2 ttg Hari Pertemuan manusia dengan Allah SWT (Hari Kiamat)
ii- membuat manusia cintakan dunia
iii-melambat-lambatkan manusia dr melakukan kebaikan
iv-memandang kecil pada keutamaan untuk bertaubat.

******

Seterusnya ahli panel meghuraikan maksud “ 3 API CINTA”;
Secara umum yg sempat saya catit, pertama kisah Habil dan Qabil yg diakhiri dgn terjadinya pembunuhan pertama di dunia ini, kedua kisah Zulaikha dan anak angkatnya Nabi Yusuf a.s, serta kisah Nabi Adam a.s dan Hawa alaiha.s di mana semuanya berkisarkan CINTA.

Nabi SAW berpesan kepada umatnya; “dunia ini sifatnya manis dan hijau (cepat rosak),……hendaklah kamu takut pada godaan dunia dan wanita.” (Riwayat Muslim)

>>> Namun begitu, KETAKUTAN yang dimaksudkan adalah dgn sentiasa berwaspada dan berjaga2..sepertimana yg termaktub dlm surah Ali-Imran ayat (14) yang berbunyi;

“Dihiaskan (dijadikan indah) buat manusia; kesukaan kepada perkara-perkara diingini nafsu; perempuan-permpuan dan anak-pinak, harta benda yg byk bertimbun2,…semua itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada Allah SWT, ada tempat kembali yg sebaik2nya (syurga)”

>>> Jadi bagaimana untuk kita jauhi GODAAN ini??
Rujuk pada surah Israa’ ayat 32. Allah tidak terus berfirman ‘jangan berzina’ tapi menggunakan pendekatan yg jauh lebih baik iaitu ‘jangan MENGHAMPIRI zina terlebih dahulu, seperti ayat- mencegah itu lebih baik dari mengubati..

Dan tambah ustaz Norhisham kenapa kita sekarang kalau sebut ttg CINTA fikirannya melayang ke Hollywood, Bollywood (menari di taman bunga, berpegang2an )kenapa kita tidak terbayangkan kisah cinta yg mulia dan suci antara Siti Sarah dan nabi Ibrahim a.s, kisah Khadijah r.ah dan nabi Muhammad SAW atau kisah cinta anak perempuan nabi Shu’aib a.s dan nabi Musa a.s yg penuh adab itu??????

>>>> Syeikh Nasir ‘Ulwan dlm kitab penulisannya Tarbiyyatul Awlad mengatakan maksiat yg berlaku pd masyrakat muslim kini adalah kerana beberapa faktor;
i-masa lapang yg byk
ii-kesihatan yg ada
iii-sebaran media
iv-tak membudayakan amar ma’ruf nahi munkar

******

Di akhir perbincangan; ditegaskan lg oleh kedua2 ahli panel..tiada siapa tidak pernah melakukan dosa baik sikit, kecil, besar melainkan Rasulullah SAW yg ma’sum..tapi yakin dan ingatlah pintu taubat kpd Allah SWT itu sentiasa terbuka luas, dan akan tertutup pada saat nyawa di tenggorokan. Ayuh, jgn kita sia2kan rahmat dan kasih Allah ini..=)

>>> Dan 3 perkara penting dlm bertaubat adalah:
i-ilmu agama dan tahu konsep taubat
ii-kawan2 yang baik dan soleh
iii-persekitaran yang membangunkan jiwa Islami

>>>>Pelan Tindakan @ Action Plan:
i- ambil berat ttg ‘Aqidah
ii-pemilihan pasangan dr keturunan yg baik
iii-penamaan anak dgn nama yg baik
iv-dampingi keluarga dan masyarakat dgn kasih sayang
v- membudayakan ilmu

>>> Rahsia Nabi Yusuf terselamat dr godaan API CINTA Zulaikha pada usianya yg muda ketika itu adalah kerana keikhlasan baginda dlm beribadah kepada Allah SWT. Merujuk pada tafsiran Surah Sad (82-83):

Iblis berkata: “Demi KekuasaanMu (wahai Tuhanku) aku akan menyesatkan mereka semuanya” (82) “Kecuali hamba2Mu di antara zuriat2 Adam itu yang dibersihkan, dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan “ (83)

Ustaz Zahazan kemudian menerangkan bahawa yg dimaksudkan bukanlah syaitan TIDAK MAHU menggoda mereka ini, tetapi sememangnya ia LEMAH ! kerana KUATnya hamba2 Allah yg sentiasa meminta perlindungan drpd Allah SWT dan ikhlas dlm beribadah. (“,)

~SEKIAN~

Jadi mari bersama2 kita angkat senjata (berdoa) dan ikhlaskan diri dlm beribadah kpd Allah ‘Azza Wajalla supaya dapat jua akhirnya kita meraih kemenangan dlm peperangan besar dgn iblis, syaitan serta konco2nya ; musuh kita yang nyata…INSYA ALLAH.
Maaf juga klu ada sebarang kesilapan dlm penulisan balik petikan ceramah Halaqah ini..Wassalamu’alaikum~

Petikan Ceramah Program Halaqah TV9;
Siaran pada 18 April 2010, “3 API CINTA”
Dihoskan oleh, Ustaz Badlishah
Panelis; Ustaz Zahazan Mohamed
Ustaz Syed Norhisham Al-Idrus

No comments:

Post a Comment