Friday, April 23, 2010

Suatu Hari Di Kedai Makan..


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..(“,)

Hurm..pagi ni topik umum..hanya melaporkan rekod pemerhatian sayasemasa berada di sebuah kedai makan bersama keluarga , lebih specific lagi tentang kedai ini – ia terletak di sebelah masjid dan kejadian ini berlaku pada pukul 12.30 tengah hari,...(“,)

******

Cerita 'Suatu hari di kedai makan' bermula begini,.....

Cuaca mmg panas akhir2 ni..lantaran lapisan ozon yg makin tipis..takpalah demi nak isi perut untuk haritu, masuk jugaklah nak makan..tapi tula..xsenang jadinya nak makan sebab terlalu sibuk sy perhatikan orang yg keluar masuk..mmg jd tabiat sy dari kanak2 kot dan terbawa sampai skrg-suka memerhati supaya dapatlah ckit sbyk sy mengambil pelajaran, tambah2 lagi pada zaman ini..(perhatikan2 jugak eh,tp kena pandai2 c0ver, hehe)

Takpalah,...baik,saya pun atur langkah untuk ke tempat makanan di hadapan…-

“wop,wop! Kejap ya brother..awk jalan dulu..sila2…”(tiba2 nak merempuh ambil makanan ditepi sy)

“oh, pakcik nak ambil ni ke, silalah ambil dulu..” (nak berebut2 senduk pulak dgn sy)

“ya??..ya kejap2 ja kak, baru ja dpt pegang senduk ni,..hehe."(makcik umur 40-an yg mungkin sgt lapar)

******

Alhamdulillah dpt jugak sy sepinggan lengkap..skrg masa untuk cari tempat nak makan pulak..

“haa..sana ada!...” (saya kata pada mak)

Huh…janganlah eli, org2 merokok tu..xpasal2 asthma nanti..”(habis asap rokok berkepul2 masuk ke masjid..xberadab! dah mmg fatwa pun kata HARAM, then it’s HARAM lah kan..)

“Hurm kat situ pun xboleh jugak…,” (laki perempuan duduk bersebelahan dgn tersgtttt dekat padahal besar ruangnya lagi yg sy betul2 pasti belum berkahwin memandangkan mereka merupakan kenalan saya juga...huhu)

“kat situ pun xboleh”..(sekumpulan budak2 perempuan berpakaian tak senonoh..rosak mata ayah dan abg nanti)..”kat siniiii lagi xboleh …”

“Apa kata kita bungkus ja…???hehe ..” lalu masing2 kata kat saya- “toksah mengaruttt eli…”

“Kita makan cepat then balik cepat, kami pun dah nak pi masjid dah ni,…” ujar ayah.

*****

Jadinya,makanlah kami kat satu meja secara tepaksa…tp cam biasa..sy terus jugak memerhati…

Tertengoklah sy TV program apa entah….”ADUHH…rosak mataku,rosak mata..” (orang kedai yang bagusss memasang rancangan yg bukan untuk tontonan umum..mungkin motifnya nak tarik pelanggan terutama sang lelaki,padahal mereka pun akan dpt SAHAM dr pandangan haram org lain)

Pekerja2 wanita rajin bekerja dan memakai tudung tapi ketatttt pulak…tambah2 lagi dgn pelanggan wanita yg datang kebanyakan Melayu yang langsung terikut2 sudah budaya luar. Mungkin mereka dah lupa ajaran Islam ini atau buat-buat tak tahu.. Penat dan sedih saya melihat mata dan pandangan liar lelaki yg melihat tubuh mereka dari atas ke bawah,bawah ke atas..

-apakah yg anda dapat dgn melihat mereka wahai atuk,pakcik,abang dan adikku??
-apa pula yang anda dapat dengan berpakaian sebegitu wahai nenek,makcik,kakak,rakan-rakan dan adikku??)

Teringat saya pada satu ceramah- ustaz kata “Mata yang melihat perkara HARAM (baik lelaki atau prmpuan) di dunia ini, bakal menangis di akhirah sana…” (-.-)

*****

Alhamdulillah..lama dan penat rasanya nak habiskan makanan..15 minit lagi akan masuk azan Zuhr..

“Kak Long, Angah..cepat sikit makan..mama nak hantar pergi sekolah agama cepat, mama ada kerja” (berkata seorang ibu kepada anak2nya)

Hati kecil saya berbisik; Alhamdulillah masih ada lg ibu bapa yg mghantar anaknya ke sekolah agama pada sesi petang mcm zaman kanak2 sy dulu…(^^) dengan niat nak senyum pd si ibu, saya pun menoleh belakang-

‘Aduh………..maknya pakai mini skirt! (0_0)" Xpa teruskan niat- dan senyum dgn hati yg ikhlas’

Baru teringat kata2 ustaz tempoh hari - anak2 tidak akan terpandu dgn betul ke arah mana dia perlu tuju..menghantar anak ke sekolah agama sudah cukup bagus dan dapat menyediakan si anak dgn persekitaran Islami, tp bagaimana pula sebaik sahaja pulang ke rumah?? DUA ALAM YANG BERBEZA…yang boleh jadikan si anak KELIRU..kedua-duanya harus seiringan..betul tak??

*****

Bagaimana dengan pemerhatian anda pula???? Saya rindu sangat keadaan masyarakat pada 16 tahun yang lalu…masih berpakaian menutup aurat dgn betul,..ibu bapa xsegan silu untuk saling betul memperbetulkan anak2,..para remaja masih lagi kelihatan keluar bersama keluarga, ..xrisau atau takut2 untuk keluar ke kedai,..kurang konsert,..xramai merokok,..dan boleh makan di luar dengan tenang,etc..

Rindunya! Bagaimana pula hidup kita 15 tahun yang akan datang..??? Marilah sama2 berdoa agar kita ditetapkan hati atas Agama Allah ini…biarlah Iman kita walau senipis kulit bawang sekalipun seperti; pepatah Melayu-tak lapuk ditelan zaman!.. Sama2 perbetulkan masyarakat kita dgn bermula dr diri kita sendiri..menyeru pada kebaikan dan mencegah kemungkaran..dengan cara ini, kita akan terselamat di dunia dan di akhirah,InsyaAllah.

Maaf juga jika ada sebarang salah silap dlm penulisan ini yg mungkin mengguris hati anda yg membaca..sekian, laporan daripada sy untuk,..(coppp,bukan dr Karam Singh Walia melaporkan untuk TV3 eh..) tp untuk kebaikan bersama..insyaAllah. (“,)/

Wassalamu’alaikum~

No comments:

Post a Comment