Thursday, April 29, 2010

AQSA SYARIF~



Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan ummat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”

Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukkan dan penjajahan haram oleh rejim zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

>> Aqsa Syarif

Ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh sembilan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikkan Palestin dan dunia secara amnya.


http://aqsasyarif.com/artikel/palestin-akan-tetap-kekal-selama-dunia-masih-ada/

Ketetapan (Tsawabit) yang tidak boleh diubah;

Palestin dan Al-Quds merupakan sebahagian dari aqidah umat Islam, kerana itu mengambil mudah isu keduanya bererti mengambil mudah ke atas kitab Allah, peradaban ummah dan keimanannya.

Masalah Palestin merupakan amanah yang tergantung di tengkuk setiap muslim, dan menolongnya adalah wajib dan mempertahankannnya adalah suatu kefarduan, sementara mengambil mudah terhadapnya adalah suatu jenayah dan kesalahan.

Jihad untuk mengembalikan bumi Palestin dan Al-Aqsa adalah wajib fardu ain ke atas setiap muslim, semua dituntut untuk mempertahankan, menjaga tempat-tempat suci dan melindunginya, kerana al-Aqsa merupakan qiblat pertama, Tanah Haram ketiga dalam Islam dan tempat persinggahan dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj nabi saw.

# ayuh,mari sama2 berjihad dan menyumbang untuk Al-Aqsa dan saudara2 kita di sana dgn sedaya upaya kita.. (^^)

1 comment:

  1. betul baik menyumbang walaupun sedikit dan berterusan..sy akan ke maybank untuk bertanya..salam mujahadah.

    ReplyDelete