Friday, January 29, 2010

Nasi Tomato dan Keluarga..




Assalamu'alaikum...

Hari ni hari Jumaat@Sayyidul Ayyam..Selalunya kami sekeluarga akan menikmati hidangan yang agak lain daripada hari biasa,special ckit,hehe..So,hari ni menu makan tengahari di rumah kami ialah nasi tomato..alhamdulillah,kenyang pun semua orang.
Tapi cerita yang nak dikongsikan bukanlah nasi tomato sahaja..hehe.Tetapi tentang hal keluarga semasa makan bersama..(",)

Benarlah, Islam ini sgt menitikberatkan konsep jemaah. Bukan sahaja dalam ibadah, perbincangan semata-mata tapi dalam menikmati sesuatu hidangan juga. Allah SWT juga menjanjikan keberkatan kepada keluarga yang makan bersama,tidak kiralah makan di luar atau di rumah.

Ini hanyalah dari pemerhatian saya, individu yang jarang ataupun tidak melazimkan tradisi makan bersama keluarga ini mempunyai ciri2 personaliti berbeza. Contohnya; bersifat mementingkan diri kerana dalam makan secara berjemaah,kita akan mempertimbangkan samada sesuatu juadah dapat dinikmati semua ahli keluarga atau tidak. Tambahan pula, adab makan yg diajar untuk mengambil yang lebih dekat mengajar kita supaya tidak tamak dan lebih sabar.

Contoh lain, menunggu ayah sebagai ketua keluarga untuk membaca doa dan 'merasmikan' makanan mengajar kita untuk menghormati ibubapa dan orang lain secara keseluruhannya. Semasa makan bersama, ahli keluarga juga dapat duduk bersama dan bergurau senda, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..Dengan ini, masalah keruntuhan institusi keluarga dapat dielakkan.Betul tak?

Hurm terlampau banyak jika nak dikatakan satu persatu tentang adab makan,makan berjemaah dan keluarga ni kan..Semuanya saling berhubung kait. Cuma,apa yang boleh saya katakan; ALHAMDULILLAH kerana Allah SWT masih berikan kesempatan untuk saya makan bersama keluarga tercinta di saat orang lain tidak berkesempatan atau enggan duduk untuk makan bersama keluarga. Keduanya; SUBHANALLAH betapa indahnya sistem Islam,agama Allah ini (",)/

No comments:

Post a Comment