Wednesday, January 27, 2010

Boleh Menilai Sebuah Buku Dari Kulitnya

Assalamu'alaikum...

Kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang isu tegur menegur..
Hurm...Kebelakangan ini,jika anda juga perasan, sebarang apa jenis teguran kita kepada keluarga,saudara-mara, rakan taulan dan sesiapa sahaja demi kebaikan mereka seringkali dibalas dengan ungkapan-ungkapan seperti dibawah yang sekaligus memberi erti bahawa kita tidak layak memberi teguran kepadanya.Betul tak? Contohnya:-

"Jangan menilai sebuah buku dari kulitnya"

"...penampilan atau rupa tidak penting kerana Allah tidak melihat pada rupa tapi pada hati yang bersih,.."

Ungkapan seperti ini kita dengar dalam percakapan dan mulut orang yang selalunya bertujuan untuk menyembunyikan kelemahan diri atau untuk menyindir orang lain dan sebagainya..Tapi sebenarnya dalam Islam, ungkapan ini ditambah lagi dengan penggunaan ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya..

Menurut pengarang buku agama Hj.Abdul Rahman;

Hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

""Ketahuilah bahawa di dalam diri anak Adam itu, ada sepotong daging,yang ianya bila baik,maka baiklah seseorang itu,dan apabila ia buruk,maka buruklah amalan seseorang itu. Ketahuilah,ia adalah hati" (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis ini, menurut neraca Islam,boleh disimpulkan bahawa;

Pada peringkat pertama:

kebaikan hati terserlah pada amalan dan tindak tanduknya. Ertinya,jika amalan itu menyalahi ajaran Islam maka terserlahlah kekotoran hatinya,begitulah juga sebaliknya. Jika tindakan luarannya tampak baik,maka wajarlah dikatakan baik.

Peringkat kedua:

Baik di peringkat kedua pula adalah kelurusan hati dan tujuan suatu amalan itu adalah hanya ada pada pengetahuan Allah S.w.T sahaja.

Hakikatnya, sesuatu hal yg baik mahupun buruk perlu berdasarkan standard piawai yang tepat yang telah digariskan Allah dan RasulNya, bukan menerusi fikiran dan nafsu manusia semata-mata..dan kita juga perlu berhati-hati agar jangan sampai kita gunakan ayat-ayat Allah SWT dan hadis untuk mempertahankan yang batil dan membela diri yang sememangnya salah.

Saya juga pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Abdullah Gymnastiar. Beliau mengatakan bahawa setiap teguran daripada seorang insan kepada insan yang lain itu adalah merupakan tanda kasih sayang Allah, agar tidak terus menerus jauh terpesong dari jalanNya. Tapi kebanyakan manusia selalu pula ditepis oleh ego yang menebal dalam diri. Kadang-kala teguran juga dianggap seperti perlakuan bersangka buruk..tidakkah rugi??

Beginilah antara salah satu cara syaitan mengambil kesempatan dalam menghasut manusia; dari kelemahan dan keegoan diri kita juga.
Tapi apapun, sama2lah beringat bahawa hanya orang yang baik dan yang mengambil berat akan kita sahaja yang selalu menegur kita tanpa jemu;kerana mereka sayangkan kita..jadi, sama-samalah kita terima teguran dengan hati yang terbuka dan hargai kasih sayang Allah S.W.T dan orang-orang di sekeliling kita.. (",)/

Wallahu A'lam..

No comments:

Post a Comment