Saturday, November 13, 2010

Pemburu Cinta..(^^)v

Assalamu'alaikum to all readers...

Hurm hari ni alhamdulillah dah selesai final exam, and bolehlah dikatakan merdeka untuk sebulan berikutnya..(^^) so nak ajak anda tinjau2 topik cinta ini buat sekian kalinya..Jom ikuti cerita seorang hamba Allah ni..(^^)"



Hurm beliau ini merupakan seorg lelaki yg berpegang teguh pada ajaran kepercayaannya sejak kecil lagi...katanya, beliau sejak muda diterapkan oleh keluarganya dgn nilai2 murni, dan diajar untuk mencintai 'Tuhan2nya"..beliau juga sanggup mengembara ke India dan lain2 tempat untuk mendalami ajaran dan kitab2 ajaran itu dr sami2 status tertinggi...

Hinggalah satu tahap beliau sgt mencintai salah satu Tuhan dr berjuta2 tuhan dlm ajaran itu sehingga katanya beliau sanggup dan bertekad untuk menggadaikan nyawanya untuk 'Tuhan' itu... Walaubagaimanapun, beliau berkata pada tahap itu beliau sudah mula meragui konsep pelbagai jenis Tuhan,bukan satu,atau beribu2 tapi berjuta2 tuhan dlm ajaran tersebut..-

Beliau cuba bertanya pada para sami ttg hal ini, namun semua gagal untuk menjawab persoalanya dan sering mengelak2 dr menjawab. Lalu beliau pun 'bercuti' dari ajaran itu untuk sementara waktu, demi mencari siapakah sbnrnya Tuhan yg Satu, kerana pada pengamatan dan pengajiannya selama ini, ada satu perkataan yg sering diulang2 dalam bahasa Sanskrit dan ianya sering dikaitkan dgn "Cahaya yg Satu"..beliau terfikir2 siang dan malam ttg maksud sebenar "Cahaya Yang Satu" itu sehinggalah-

Beliau cuba mempelajari semua agama kecuali Islam kerana beliau langsung tidak terfikir pada waktu itu..dan dalam semua agama kecuali agama Islam, mereka ini berpegang pada tuhan yg banyak yg cuba dijadikan Satu, atau berupa manusia, atau digambarkan dlm rupa yg lain.. Ini membuatkan beliau berputus asa, pasrah dan berbisik jauh di sudut hatinya agar "Cahaya yg Satu" memahami segala isi hatinya dan memahami perit jerih dlm misi pencariannya itu-

Alhamdulillah katanya pada suatu hari beliau terbuka satu channel ni, yg memaparkan sebuah program agama ttg tajuk syirik oleh seorang tokoh agama terkenal, Ustaz Dato' Dr Haron Din (^^) yg membicarakan dosa syirik pada pelaku beragama Islam dan juga yg diamalkan oleh yg beragama lain, yg ianya bakal mengheret si pelaku ke neraka yg penuh azab seksa akibat menduakan Allah SWT.. Pada masa itu katanya, beliau sgt geram dan berdendam dgn ustaz...selama 8 tahun! tp nak menjadi cerita katanya, sejak hari itu, segala bencana sprti kemalangan lah, disambar petir lah, dan lain2 katanya seringkali berlaku didepannya dan melibatkan org bukan Islam..lalu hati beliau yg masih dlm pencarian Tuhan Yg Satu itu berbisik-

"bagaimana pula dgn nasibku kalau akulah orgnya yg akan dimasukkan ke neraka yg dahsyat itu?"

Sehinggalah suatu hari, one of his clients di bank mengajak beliau mendengar ceramah. Beliau tidak menolak jemputan itu kerana client sgt penting baginya..Sesampainya di tempat tersebut, topik yg dibincangkan adalah sekali lagi ttg dosa Syirik! Menyirap darah beliau katanya, (^^)" kerana mungkin ustaz menyedari kehadirannya, tp rupa2nya tidak, client beliau memberitahu ianya hanyalah ceramah mingguan seperti yg dijadualkan. Namun begitu, beliau tetap juga mengikuti ceramah tersebut untuk mengetahui dgn lebih mendalam, pada setiap minggu bersama corporate client tersebut-

Sehinggalah suatu masa,beliau ingin berjumpa sendiri dgn penceramah tersebut----alangkah terkejutnya beliau- penceramah tersebut sebenarnya adalah ustaz haron din! yg selama ni beliau berdendam dengannya..Alhamdulillah, katanya beliau sejak hari itu dibukakan hati untuk kembali menjadi Islam atau kembali kepada fitrah setiap manusia yg ingin bertuhankan Allah SWT; Tuhan Yang Satu- (^^)

Alhamdulillah, katanya rupa2nya inilah Cahaya Yg Satu yg selama ini mungkin disalahertikan oleh ajaran yg dianutinya dahulu.. Cahaya itu adalah sebenarnya Petunjuk, Hidayah, Cintakan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Satu..Beliau juga berkata dlm kitab2 kepercayaan lain yg pernah beliau kaji ada membincangkan ttg konsep Tuhan Yang Satu dan seorang lelaki utusan Tuhan, tapi dalam bahasa2 lain dan konsep inilah yg disalah tafsir atau diselewengkan mengikut akal dan hawa nafsu mereka sendiri.

Alhamdulillah!! Sejak itu, beliau merupakan antara yg mengikuti usaha2 dakwah di Malaysia bersama Ustaz Haron Din krn beliau berasa bertanggungjawab dalam berdakwah pada yg lain, yg mungkin berada pada stage mencari2 Tuhan Yang Satu.(^^) Bagaimana pula dgn kita??

Beliau juga berpesan agar janganlah kita memanggil org sepertinya saudara baru, tapi panggillah mereka sebagai SAUDARAKU, itulah erti persaudaraan dlm Islam sebenarnya. (^^) Hurm..what if, instead of calling them as Muslim converts, we should rather call them as Muslim reverts, sebab semua manusia asalnya dilahirkan dlm fitrah @Islam, right? (^^)

Selain itu, beliau juga berpesan sekiranya kita tidak mampu untuk berdakwah pada yg bukan Islam, cubalah sedaya upaya kita untuk berdakwah dr segi pemakaian, perlakuan, dan lain2.. Kdg2 ini lebih berkesan krn Islam yg syumul dan indah ini dimanifestasikan dlm sistem kehidupan kita secara menyeluruh...dan dakwah juga adalah suatu yg wajib bg setiap Muslim- dgn ini, semua akan terselamat dr dipersoalkan di akhirah kelak oleh Allah SWT akan tanggungjawab kita dlm menyeru pada Islam dan kebaikan serta mencegah kemungkaran..amin, amin ya Rabb! (^^)

Sekian sahajalah yg hendak sy kongsikan bersama anda untuk kali ini,...Wassalam~

Source: Bual Bicara, Radio IKIM, pada suatu petang..hehe.


No comments:

Post a Comment