Tuesday, December 14, 2010

Muslim Tour to BEIJING-TIANJIN (^^)/



Assalamu'alaikum to all readers...

Alhamdulillah sekali lagi sy boleh menulis di blog nih walaupun sem dah pun start,huhuh (^^)" Cuma kali ni sy nak kongsi experience spjg bercuti di Beijing-Tianjin bersama Tabung Haji Travel..yg ni mmg nice because it is a Muslim tour, 6N 5D..makanan pun mudah didapati and dijamin keHalalannya..(^^)/ Alhamdulillah...so misi kami kali ini adalah untuk sampai ke gambar diatas..

************
Alhamdulillah sampai di airport Bejing dlm pukul 3.30..semua gembira. Berkenalanlah dgn Mdm Amy,org Beijing juga yg bekerja as tour guide under Tabung Haji..Tiba2! keluar ja dr airport menggigil masing2 heheh..sejuk yg amat.
Kemudian, yg lagi terkejut---masuk2 shj ke dalam bas dan duduk,..---Mdm Amy pun bg sepatah dua kata yg buat kami terkejut dan ter'ketawa'--

"Selamat petang atau sore kepada bapak2 dan ibu2...selamat datang ya ke Beijing..Sy Amy, tour guide anda sepanjang di beijing ini ya...Sy enggak bisa bercakap bahasa Malaysia dgn kalian, tp bahasa Indonesia sy bisa." -(^^)/heheh..

So dlm kesejukan yg mencucuk tulang kami dibawa ke kedai mjual pakaian.Mujurlah kami sekeluarga membawa winter coat tp kasihan pd yg lain ada yg xprepare utk cuaca sejuk ni. Di kedai, ahli kumpulan terus mendapatkan winter coats, gloves and mafla..sejuk2,...(^^)"
Sesudahnya, kami menjamu selera di restoran Muslim-di sana klu ada sign dpn kedai with 'mat'am islami'(in arabic) kita dapatlah tahu yg menjualnya Muslims..so no need to worry or doubtful insyaAllah.

Memandgkan semua dah kenyang dan dah beli brg2 yg sepatutnya dibeli,..kami pun ronda2 kota Beijing untuk melihat suasana malam waktu itu...
Erm.....~nampaknya kumpulan yg dibawa tabung haji ni sampai tertidur,..lalu kami pun dibawa ke hotel lah untuk check-in..heheh (^^)
Masuk2 hotel- Alhamdulillah, cantik dan selesa jugalah klu nak duduk untuk 6 hari ni..dan malam tu juga pegawai tabung haji pergi bilik ke bilik di tingkat 13 bersama kompas untuk mengetahui arah kiblat di bilik dan diberi juga sehelai kertas yg ditulis waktu2 solat di sekitar Beijing..(^^) kami pun bersolat jama' dan qasr untuk maghrib dan isya'.

***********
Masa di China sama dgn di Malaysia cuma waktu solatnya berbeza sedikit. Contohnya maghrib pada jam 4.30 dan waktu isya' Beijing pada pukul 6.30pm..jadinya, around 10pm tu dah dikira pukul 12am lah klu di Malaysia (^^)"
em, hari pertama; wake-up call at 6.00am untuk solat subuh sebab confirm lah kan semua pengsan sebab lama juga travel dr Malaysia ke China termasuk sgl urusan di airport..hohoh... jdnya lawatan pertama ke Tiannamen Square, China's heritage..tour guide kami pun cerita2 lah sedikit sbyk ttg Tiannamen Square..kami plk sibuk bergambar,hehehe

***********

Mcm hari2 lain..lepas lawatan akan dibawa makan dan solat di masjid Beijing. Dan jangan terkejut, di sekitar Beijing untuk ke tandas atau 'kamar kecil' (bak kata Puan Amy,hehe) lgsung xda air cuma tissue shaja..jadinya agak susah sedikit lah untuk kita org Islam untuk bersolat. Tp Alhamdulillah the only place to get water untuk bersuci hanyalah di masjid2..(^^) jauh di sudut hati, sy bersyukur dan bangga sebab dlm Islam banding dgn agama2 lain, Islam sgt menitik beratkan hal2 bersuci. Subhanallah~

**********

Tentang lawatan,kami byk dibawa ke tempat2 cantik yg dibwh kerajaan China seperti kilang pisau (dah beli pun,..tajam,murah,senanglah utk masak2 nanti..hoho), kilang sutera, kilang permata, kilang urut (dpt urutan free punyaa...hehe), kilang ubat cina, kilang teh dan kilang jed. Alhamdulillah brg lebih murah, mmdgkan harga dibawah kawalan kerajaan China sendiri. ohhhh..yg plg best duit Ringgit Malaysia adalah 2 kali ganda besar dr matawang China. Alhamdulillah..boleh la beli brg byk ckit (^*)/

**********
Semasa di kilang jed..memndgkan org Cina percaya dgn batu jed byk patung2 dan perhiasan diukir...menjadi perhatian sy tika itu---- di suatu sudut terdapat 2 workers sedang mengukir dan menggilap jed tersebut--- mereka sdg mengukir Tuhan2 mereka? (-.-)" masa tu sy sgt bersyukur2 kerana Allah masih menghidupkan hati dan minda kita semua untuk mengenal Allah SWT,Tuhan Yang Maha Pencipta,..bukan yg dicipta dan diukir.. Allahu Akbar~

*********
Dan suatu perkara persekitaran kota Beijing dan Tianjin sgt3 bersih...susah untuk tjumpa sampah di spjg jalan, bangunan dan tandas, public phone masih blh diguna ,malah takda pulak tembok2 diconteng2 atau di'spray', perbuatan vandalisme mcm di sini..kenapa a non islamic country boleh observe cleanliness tp di sini sgt susah?? hurm....back to our own attitude, rite?

*********
Tp satu yg menarik,..di China, kita xperlu bljr bahasa Mandarin dan sebagainya sebab kebanyakan mereka boleh bercakap bahasa Melayu,dan mereka senang utk berckp dgn org Malaysia..(^^)/ xda masalah insyaAllah utk anda ke sana nanti. Dan masa di China juga, kita akan berasa bertuah Malaysia di bwh pemerintahan Islam..tak tercerita bagaimana sy boleh buat kesimpulan begini..nanti jika anda berkesempatan utk ke sana, anda juga akan rasa spt sy (^^)

********
Dan yg plggg menarik dan seronok sgt adalah bila kami dibawa ke masjid2 dan bersembang dgn saudara seIslam di sana...walaupun mereka berbahasa Mandarin dan kita berbahasa Malaysia, tp cukuplah dgn menyapa dgn muka yg ceria dan memberi salam kepada satu sama lain...(^^) indah sungguh Islam dan konsep persaudaraannya.(^^) masa tu juga menjadi peluang keemasan buat kami semua untuk memberi sedekah dan wakaf utk pengubahsuaian masjid..Alhamdulillah.. dan rupa2nya di Beijing dan Tianjin adalah antara kwsn yg ramai Muslims, cuma mereka sllunya berada di rumah sahaja selain waktu kerja. Sebab tu jugalah masjid2 di sana agak besar..Alhamdulillah..(^^)

Kalau nak ikutkan byk lagi yg boleh dikongsi dgn anda tp sy rasa setakat ni sahajalah ya..(^^)
byk yg sy pelajari spjg di sana..sy harap anda juga berpeluang ke sana suatu hari nanti..insyaAllah. Sekian sahaja,..wassalamu'alaikum (^^)/ ~


6 comments:

  1. Assalamualaikum I found your blog while giggling for Tianjin ,boleh tumpang Tanya? makanan Muslim in Tianjin seining ke nak cari

    ReplyDelete
  2. berapa harga ground setelah ditolak airfares.

    ReplyDelete
  3. ibu,mommy,mom...
    wa'alaikumussalam warahmatullah..do not worry for foods klu pergi ngn tabung haji..sebab mrk akan bw ke tempat atau kedai Muslim(^^)/

    ReplyDelete
  4. anonymous..
    current fare for beijing-tianjin can be checked at ---> thts.gov.my
    (^^)/

    ReplyDelete
  5. anonymous..
    current fare for beijing-tainjin can be checked at---> thts.gov.my
    (^^)/

    ReplyDelete