Friday, October 29, 2010

Sanggupkah kita berkorban? (^^)

Assalamu'alaikum to all readers..

InsyaAllah xsampai sebulan lagi kita dah nak sambut kedatangan hari raya ke-2 pulak; which is hari raya Aidil Adha. InsyaAllah hari raya akan kita sambut pada 10 Dzulhijjah 1431H @ 17th Nov 2010. And bagi kita yang tidak pergi menunaikan hajj adalah digalakkan supaya kita berpuasa sunat pada 9 Dzulhijjah @ 16th 2010 sempena hari Wukuf dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT sempena menyambut Aidil Adha...

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya nanti ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari Tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk 7 orang. Firman SWT. :

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai Muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".( Surah al-Kauthar : 1-3 )

Berdasarkan kepada Firman Allah SWT tersebut, jumhur ulama' berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat mu’akkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Sebagaiman yg anda juga tahu, tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pula lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a katanya, Sabda Rasulullah SAW. :

Maksudnya :"barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu) untuk berkorban tetapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini” (Riwayat Ahmad & Ibn Majah )

Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada Wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.

In short, ibadah korban ini disunatkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri.

Jadi apa lagi, jom kita belanjakan sebahagian rezeki kita untuk ibadah yg sangat dituntut ini..walaupun anda bergelar student seperti saya sekalipun, apatah pula lagi yg dah bekerja…(^^)/ insyaAllah walaupun sedikit atau banyak yg kita belanjakan, tapi lebih banyak lagi yg akan Allah SWT beri dan ganti (pelbagai aspek dan cara) tanpa kita semua sedari..Yakinlah!

Sekian, wassalam~

Ni antara tempat selain masjid2 untuk kita upah ibadah korban (^^)---

http://www.ezqurban.org/v2/

http://www.korbanaqiqah.com.my/portal/

No comments:

Post a Comment