Saturday, October 23, 2010

Fenomena Facebook (^^)/

Assalamu'alaikum to all readers,...

Hurm,.hari ni sy nak ajak anda tinjau2 fenomena FB skrg,..Agak membimbangkan apabila melihat laman FB kenalan dan bukan kenalan,..makin banyak gambar dan perlakuan yg sebelum ni tak diketahui umum dengan sengaja dipamerkan,..ini termasuklah hal yang baik dan tidak baik..(-.-)

Contoh mudah; Hal tidak baik- mempamerkan gambar di pusat2 karaoke, menghisap rokok, bermandi-manda di sungai tetapi bertudung, bergambar dekat2 dgn bukan mahram,etc..semacam bermegah pula . Semuanya, atas sebab xmahu jadi manusia hipokrit dan sebagainya,.. Tp jgn dilupa juga, kita dihormati ramai kerana Allah SWT menutup sgl kekurangan dan kejahatan kita,..tapi kenapa kita kini, berbuat sebaliknya, mensia2kan rahmat Allah SWT?

Contoh lain- Hal baik; kemesraan suami isteri,..kini ditayang umum terutama dlm card2 dan profile pictures. Tidak kurang juga, yang pada mulanya seseorg itu berniat untuk menegur sahabat tp sebaliknya bertukar menjadi umpatan dan berlarutan apabila ada campur tangan dr pihak lain,...

Sedar, tidak sedar..semua aktiviti seharian dan 'sejarah hidup' kita, ditayang umum tanpa ada lagi rasa malu,...para muslimah terutamanya; " violate privacy"mereka sendiri... terlampau byk gbr2 ditayang pada umum dgn pose2 yg menggoda, superimposed picture, dan gambar sebahagian dr rupa paras yang dirasakan cantik untuk ditatap lelaki,..tanpa sedar, ia mengundang dosa diri dan menanggung dosa org yg bukan mahram tatkala menatapnya...(-.-)"

Sekadar berkongsi cerita, dulu sy pernah menegur seorang adik, kerana mem"post" gambar yg sgt banyak, yg sudah pasti membuatkan ramai lelaki jatuh hati padanya...Lalu beliau menjawab; perbuatannya tidak salah sebab berniat jujur , dan semata2 nak mempamerkan kejelitaan dan mensyukuri nikmat Allah SWT. Malangnya, hari demi hari penuhlah picture comments baik2 dan tak kurang yg lucah dari lelaki2 namun, beliau terus juga melayan comments tersebut..

Alangkah mudah manusia beralasan begitu- sedangkan untuk bersyukur atas kurniaan Allah itu adalah dgn adalah dgn taatkan Allah dan Rasul, Zikrullah,dan gunakan nikmat dgn betul. e.g: Menjaga aurat dan tubuh drpd yg bukan mahram...dan berusaha menjaga kecantikan berdasarkan syarak. Ini semua disyariatkan Allah SWT untuk memuliakan kaum wanita juga. Kecantikan seseorg muslimah bukanlah hak milik umum, "kerana dirimu begitu berharga" (^^)/

"Daripada gambar bermulalah maksiat mata, dll"..menurut kata ustaz,.."dan kebakaran syahwat sebenarnya bermula dari mata"..Jadi janganlah menjadikan gambar2, para muslimah terutamanya--menjadi "bahan bakarnya"...Na'uzubillahi min zaalik~

Dan seperkara lagi, kita xsedar kita membuka jalan untuk org berbuat perkara jahat. Contohnya, gambar (lelaki atau perempuan) yg sgt mudah diperoleh di media2 boleh digunakan untuk tujuan tidak baik seperti sihir, dll.. Dari sini sahaja, anda boleh menilai baik buruk meletak gambar dalam FB,Twitter, etc.. Na'uzubillahi min zaalik~

Berikut adalah article yg boleh kita baca dan ambil pelajaran..

**********

Akhir kalam,..Minta maaf atas sbrg kekurangan dalam penulisan sy kali ini,..hanya solely based on pemerhatian, pembacaan dan nota2 dr ceramah yg membincangkan isu ini..Klu ada yg hendak meletak gbr juga lebih elok kiranya, bertanya pendapat ustaz atau ustazah terlebih dahulu,..(^^)
Ayuh, sama2 kita berpesan-pesanan ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran antara satu sama lain because this what makes Muslims as the best nation,....(Surah Ali-Imran: 111-114)
Sekian,Wassalam (^^)/


No comments:

Post a Comment