Thursday, June 24, 2010

Makkah al-Mukarramah (^^)


Assalamu’alaikum to all readers

Em..ni adalah penulisan kedua sy ttg Tanah Suci, kali ni ttg Makkah al-Mukarramah pula..(^^) umrah yg lalu adalah selama genap 14 hari, tapi kami berada di Madinah al-Munawwarah untuk 3 hari sahaja, selebihnya di Makkah - tanah suci yg dijanjikan Allah SWT di dlmnya; keamanan, keselamatan dan rezeki (^^)

********

1 petang

“Assalamu’alaikum, tuan2 dan puan2 seperti yg sedia maklum kita sekarang akan berangkat ke Makkah dan akan singgah di Bir Ali iaitu miqat untuk kita berniat ihram umrah. Saya harap semua sudah pun mandi sunat ihram,berpakaian ihram dan mengerjakan amalan2 sunat ihram ya,..” kata ustaz.

Antara amalan sunat ihram adalah mandi, memakai bau2an,memotong kuku dan ada lagilah yg lain2..tapi perlu diingat juga, selepas ihram kalau dibuat,..-DAM lah jawabnya ya..hehe. Masa nak bertolak jalan agak ‘jam’ sedikit, kira1 jam juga menunggu, disebabkan terlalu byk bas2 yg baru masuk membawa jemaah ke hotel masing2..(^^)” Sementara menunggu, kami mengulangkaji baliklah segala hal ttg rukun, wajib dan sunat umrah bersama ustaz..mcm pop kuiz pun ada,hehe..

Em dah selesai pun- bas mula bergerak dan ustaz pun membacakan doa musafir..masjid nabawi mulai jauh dr pandangan..sambil berdoa agar Allah xmenjadikan ziarah kami sbg ziarah yg terakhir untuk mengunjungi KekasihNya, Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam~

********

2.30 petang - 3.20 petang

Perjalanan ke Bir Ali mengambil masa kurang dari 1 jam - berdebar2 plk nak niat umrah, he..(^^)” kami turun dari bas dan menuju ke ruang solat masjid untuk bersolat sunat ihram. Ramainya orang~..terpaksa berasak-asakan untuk cari ruang. Setelah selesai, kami terus ke bas dan berniat umrah di dalam bas beramai2..kini, tugas plg penting adalah untuk menjaga segala pantang larang ihram dgn baik. (^^)

“ Tuan2 dan puan2, Alhamdulillah, kita telah pun berniat ihram umrah di miqat ini,..maka sama2lah kita bertalbiah beramai2 atau bersendirian sementara sampai ke Makkah , kira2 6 jam lagi..,” pesan ustaz.

“Labbaikallahumma labbaik, Labbaika La Syarika laka, Labbaik..Innal Hamda, Wa ni’mata, Laka Wal Mulk, La Syarika laka,…” (kami sambut seruanMu ya Allah, Kami sambut seruanMu Ya Allah, Tiada sekutu bagiMu,..”) begitu dalam maksud talbiah ini sehingga mampu mengalirkan air mata sesiapa yg bertalbiah. Ustaz juga sempat berpesan, bahawa sesiapa yg memasuki kota Makkah perlulah menundukkan diri sebagai hambaNya, dan lupakan segala status dan harta..kerana kita sebenarnya adalah hamba Allah dan segala yg kita ada ini hanyalah kerana Kemurahan dan Rahmat Allah atas hamba2Nya semata2.. Allahu Akbar ~

*********

8 malam

Kami berhenti seketika untuk bersolat jama’ dan qasar; maghrib-isya’ memandangkan sesampainya di Makkah, kami akan terus menunaikan tawaf,saie dan bertahallul di Masjidil Haram... (^^)

~Uhhh..lagi sekali tertidur dalam bas..penat rupanya bermusafir ni. (^^)”

“Tuan2 dan puan, wahai Tetamu2 Allah ‘Azza Wajalla sekalian,…(masyaAllah gembiranya dpt status sbg tetamu Allah!! Alhamdulillah~) kita sudah hampir memasuki kota Makkah sebentar lagi. Sama2 kita bykkan bertalbiah dan berdoa..krn doa org musafir juga mustajab..” kata ustaz.

Tup,tup,tup-

Alhamdulillah- kami br saja melepasi sempadan Tanah Halal-Tanah Haram dan sudah pun memasuki kota Makkah. (^^) Ustaz membacakan doa memasuki Kota Makkah dan berdoa agar Allah memudahkan urusan kami semua untuk beribadah di Makkah dan plg penting menerima kedatangan hamba2Nya yg fakir dan hina; sarat membawa 1001 dosa..

“Dan seperti di Madinah, kini setiap pekerjaan tuan2 dan puan2 akan dikurniakan Allah dgn 100,000 ganjaran lebih besar dari di Madinah, begitu juga sebaliknya klu kita melakukan ma’siat..sama2 kita beringat ya. Allah SWT juga menurunkan 120 barakah di Tanah haram ini setiap hari- 60 untuk org yg bertawaf, 40 untuk org yg bersolat di MasjidilHaram dan 20 lagi untuk org yg melihat Ka’abah,..”pesan ustaz lagi.

********

10 malam

Setelah selesai makam malam di hotel dan menyimpan beg di bilik masing2..semuah jemaah berkumpul di lobi hotel.Tapi sy,kakak dan mak pergi berasingan dari kumpulan; memandangkan ada beg yg tertinggal di atas bas pula,pekerja hotel lupa bawa turun beg lagi satu..(^^)”

*******

11 malam

Berdoa dan bertalbiah sepanjang perjalanan ke MasjidilHaram…berdoa,agar umrah kami kali ini diterima Allah dgn umrah mabrurah..masyaAllah~ dah sampai pun di hadapan pintu MasjidilHaram yg tersergam indah..sambil membaca doa masuk masjid, kami melangkah masuk-

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,”….bercucuran air mata ini tatkala melihat Baitullah!

Kami terus berjalan ke hadapan sehingga ke kawasan tawaf dan melakukan sujud syukur terlebih dahulu…Perasaan ketika itu tak dapat nak sy gambarkan dlm bentuk penulisan ini..Allah SWT jua yg Maha Mengetahui..

Kami bertawaf umrah; bermula dr garisan hajarul Aswad, sebanyak 7 kali pusingan dgn yakin sambil berusaha untuk menghadirkan perasaan kehambaan sebaik mungkin..terlalu byk doa yg ingin sy pinta pada Allah SWT semasa tawaf umrah ini. Mengikut kata ustaz, falsafah tawaf ini adalah semakin kita bertawaf di sekeliling Baitullah, maka semakin dekatlah kita dgn Allah SWT..(^^)

********

12 tgh malam

Malam ni sgt ramai jemaah di masjidil Haram, barangkali sebab org2 Arab sedang bercuti panjang (cuti musim panas)…ramainya orang, seperti Musim Haji. Meriah! (^^) Alhamdulillah juga- kami sudah pun selesai tawaf lalu bersolat sunat tawaf di belakang makam Ibrahim dan disunatkan juga minum air zamzam..”bismillahirrahmanirrahiim,..” ~slurrppppp~ tegukan pertama air zamzam di Masjidil Haram selepas Masjid Nabawi (^^)

********

12.20 tgh malam

Kini yg tinggal adalah saie dan bercukur/bergunting. Kami menuju ke Mas’aa (tempat saie) di Bukit Safa. Bermula di Bukit Safa dan berakhirnya saie adalah di Bukit Marwah, sebanyak 7 kali dgn yakin..kami mulakan perjalanan sai’e umrah ini dgn berniat sambil mengadap ka’abah dan bertakbir 3 kali. Berjalan sambil berdoa dan mengagung2kan syiar Allah dan mengenangkan susah payah Hajar r.anha mencari air untuk anaknya nabi Ismail a.s. Terkenang juga saat Rasulullah SAW berda’wah di Bukit Safa suatu ketika dahulu..Allahu Akbar~

********

1.20 pagi

Alhamdulillah..selesai sai’e. Kami bergunting rambut..didoakan agar Allah berikan ganjaran pada setiap helaian rambut yg dgunting,..dan berdoa setelah selesai ibadah umrah ini.

Niat---tawaf---saie---bercukur/bergunting---tertib , lengkaplah umrah kami..Alhamdulillah! Terimalah dari ibadah umrah kami ini dgn umrah yg mabrurah,Ya Allah…(^^)

Sekarang, barulah boleh pulang untuk berehat sebentar di hotel..sebab 2 jam setengah lagi akan masuk azan subuh~ (^^) walaupun agak penat bermusafir dari Madinah dan penuh berhati2 dalam menjaga pantang larang ihram, kami tetap gembira dan tak henti2 memanjatkan doa dan bersyukur kpd Allah ‘Azza Wajalla, Tuhan Sekelian Alam~


No comments:

Post a Comment