Tuesday, June 29, 2010

Jahiliyyah Moden??

Assalamu’alaikum to all readers…

Today’s topic---Jahiliyyah Moden..sedar xsedar, kita sebenarnya bukan makin maju, TAPI bertapak2 ke belakang menuju Zaman Jahiliyyah sekali lagi, malah yg lagi Jahiliyyah dr zaman Rasulullah SAW sebelum kedatangan Islam..lantaran jauhnya umat Islam meninggalkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah..

Em..Mungkin anda yg membaca kurang jelas ttg topik ni (^^)" jadi jom kita melihat lebih mendalam apa yg dimaksudkan dgn Jahiliyyah, Perbandingan yg dahulu dan sekarang dan Pelan tindakan untuk kita tidak termasuk dlm golongan Jahiliyyah Moden...insyaAllah.

~ Ohya, inilah yg menjadi topik hangat dlm Liga Ilmu Oasis dgn barisan ahli panel yg xkurang hebatnya..(^^)v

*******

Definisi:

Pertama sekali yg perlu difahami, Jahiliyyah atau Jahil yg dimaksudkan pada zaman nabi SAW bukanlah bermakna BODOH kerana pada zaman itu, masyarakat Makkah dikatakan sgt pandai terutamanya dalam berurus niaga dan bersastera. Mereka dikatakan Jahil kerana mereka hanya bertuhankan akal dan nafsu semata2 .

Semasa Ja’far b Abi Talib berhujah di hadapan Raja Najashi tentang tuduhan bhw Rasulullah SAW membawa ajaran baru di Makkah berkata; “kami sebelum ini dalam Jahiliyyah; kami menyembah berhala, berzina, memutuskan silaturrahim, kami yg kuat menindas yg lemah,......sehingga datangnya nabi yg mengeluarkan kami dari Jahiliyyah”,.. Lalu beliau menerangkan lagi ttg Islam kpd Raja Najashi yg akhirnya juga- memeluk Islam (^^)

Dari segi Psikologi pula, penyebab utama manusia berada dalam Jahiliyyah adalah Roh atau Jiwa manusia yg sakit. Jiwa yg sakit menghalang seseorang daripada menerima Nur Hidayah Allah. Maka, hidup manusia mulalah menjadi tidak seimbang, dan sekaligus mengakibatkan nilai2 murni dan akhlak masyarakat kian luntur.

Walaupun peredaran zaman makin pantas dan maju, coping skill manusia masih juga tak mampu menampung kehidupan---gara2 tak cukup ilmu agama. Jadi semakin byklah kita dengar skrg ni kes2 org bunuh diri dan sakit mental.

Manusia lupa bahawa Allah SWT telah pun menurunkan manual pengendalian hidup; SYARIAT sbg bekalan dan satu system hidup terunggul, agar hamba2Nya dapat hidup bahagia di dunia dan akhirah walau apa jua keadaan dan masalah yg melanda sekalipun.. (^^)

********

Sebab2 terjadinya Jahiliyyah Moden:

i- Tak cukup ilmu agama --> Tak dpt cope dgn arus kehidupan --> Rugi di dunia dan Akhirah

ii-Tidak bertaubat -->Doa mak ayah jadi xmakbul --> Lahirlah generasi yg semakin teruk

iii-Terlalu mengagung2kan budaya luar/kafir --> Tiada kawalan --> Muda-mudi rosak

iv-Ketidakmampuan untuk bercakap NO pada hal2 keji seperti rokok,pergaulan tiada batasan, dadah.

********

Perbandingan Dulu dan Kini:

Dulu: Zaman nabi Musa a.s anak2 lelaki dibunuh, Zaman Rasulullah SAW anak2 perempuan dibunuh atau ditanam hidup2.

Kini: Anak2 lelaki dan perempuan digugurkan, dibunuh hidup-hidup,bersepah2 dibuang di tempat2 kotor tanpa ditanam.

Dulu: Berzina ada bbrp cara. Cthnya; 10 org berzina dgn 1 wanita dan ayah pada anak yg dikandung akan dipilih oleh si wanita itu, digantungkan seperti iklan di hadapan rumah,dan sebagainya.

Kini: Semua cara zina dilakukan, secara bersembunyi atau terang2an di hadapan org, antara sesama jenis dan sebagainya…sudah hilang langsung rasa malu.

Dulu: Judi kecil2an.

Kini: Judi besar2an; secara online, menjadi temasya negara dan lain-lain.

Pendek kata; Jahiliyyah moden zaman ini lebih teruk dan kejam dr yg dahulu..manusia semacam lebih hina drpd binatang!

*******

Pelan Tindakan:

HadisRasulullah SAW; Setiap kamu adalah pemimpin, dan kelak kamu akan ditanya tentang apa yg kamu pimpin..

Jadi sekarang, bukanlah masanya utk mencari salah siapa, tapi tanya pada diri kita sendiri apa yg boleh dilakukan dan mampu untuk dilakukan. Antaranya;

i- Pastikan solat 5 waktu didirikan; kerana ia adalah tiang agama dan dpt menjadi benteng dr membuat hal2 mungkar. Mengikut kajian terkini-80% rakyat Malaysia baik muda mahupun tua tidak menunaikan solat atau xcukup waktu! Inilah pengisytiharan DARURAT yg sebenar di negara kita.

ii-Menerapkan ilmu AQIDAH dan didikan Islam yg teguh bermula dgn berdoa dan mencari pasangan yg soleh atau solehah lagi...agar dapat melahirkan zuriat dan keturunan yg bersih dan terpuji di sisi Allah.

iii- Menjadikan RUMAH sbg tempat ibubapa dan anak2 berkongsi kebahagiaan. Jika gagal di rumah, anak2 akan mula mencari kebahagiaan yg sementara di luar lalu tersasar jauh dr landasan Islam.

iv-Mengajar dan menunjukkan HAD akan sesuatu perkara. Contohnya, kalau nak berkawan apa hadnya, kalau nak berhibur apa hadnya, kalau nak mencuba sesuatu yg baru apa hadnya.

v- Menggunakan masa LAPANG untuk hal2 berguna, bukan bermain game, berdating,dll.

vi-Mengalu2kan remaja dan muda-mudi untuk BERKONGSI suka duka mereka, jgn pula terus mengutuk atau melenting kerana penerimaan adalah suatu yg penting dlm peringkat hidup seseorang remaja.

vii-Wujudkan PERSEKITARAN yg baik untuk membantu kita berubah pada yg lebih baik.

*******

Generasi terbilang yg dibentuk oleh Rasulullah SAW ialah dgn menggunakan “Model Pendidikan Wahyu & Sunnah”. Mereka berjaya kerana mereka ingin berubah! Kita semua hanya akan terselamat drpd menjadi Jahiliyyah Moden jika kita faham erti Islam yg sebenar. Umar r.a yg sebelum memeluk Islam sgt digeruni dan antara yg kuat menentang Islam,..tp sesudah beliau memeluk Islam, beliau mengALIHkan kekuatan dan ketegasannya itu untuk memperjuangkan Islam dan menjadi Khalifah ke-2 slps kewatan Rasulullah SAW.

Bagaimana dlm konteks kita pula?? Kalau minat berFB atau blogging contohnya, ALIHKAN minat itu untuk berda’wah atau berkongsi hal2 yg bermanfaat..kalau minat bidang fotografi pula, ALIHKAN minat itu untuk mengambil gambar2 yg dapat menunjukkan lagi keagungan dan kekuasaan Allah SWT (^^)

Dan akhir sekali, sama2 kita ambil perhatian akan 5“S” yg dirancang musuh kita- Yahudi Zionis, untuk mencengkam akal dan jiwa umat Islam; “ Sport— Screen—Song—Smoke—Sex”

Sekian, wassalamu'alaikum (^^)/

*********

Rancangan LIGA ILMU OASIS; “JAHILIYYAH MODEN”

Dihoskan oleh; Ustaz Dzul Karnain Hamzah Al-Hafiz

Ahli2 Panel: Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah

Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus

Mohd Nurul Imran Koyube

2 comments:

  1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....
    APernah terdengar juga ada kalangan tokoh agama mengatakan bahawa dunia serba moden dan canggih sekarang ini telah kembali semula seperti zaman sebelum kedatangan Islam iaitu dikenali sebagai Zaman Jahiliyah.
    Ini kerana segala bentuk perkara yang dilakukan oleh semua umat manusia seolah-olah tiada pegangan agama dan norma kehidupan yang tidak bertamadun.
    Sepatutnya umat manusia khususnya Muslim perlulah menitik beratkan soal kehidupan yang beragama, kerana dengan agamalah kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan terbimbing ke arah yang benar, barulah sentiasa dibawah naungan rahmat dan keberkatan Maha Esa. Sedarlah bahawa dunia ini adalah tempat tinggal yang sementara lagi fana, oleh itu destinasi ke hari akhirat jualah tempat kekal selama-lamanya.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam warahmatullah zhafry..
    Betul tu, seringkali kita diingatkan agar kembali pada islam secepat mungkin agar tak terhanyut jauh dr landasan..tp kebanyakan org menganggap islam hanya membuat kita lebih jumud dan tak maju..alangkah silapnya tanggapan mereka! Moga Allah menetapkan hati dan iman kita atas agamaNya ini selama2nya..Amin Ya Rabb.

    ReplyDelete