Wednesday, June 23, 2010

Madinah al-Munawwarah (^^)


Assalamu’alaikum to all readers..

2 minggu lamanya xmenulis di blog ni..Alhamdulillah, sy br saja pulang bersama keluarga dari menunaikan umrah di Tanah Suci Allah SWT..Alhamdulillah! (^^) jadi kali ini, sy cuba menulis ttg pengalaman sepanjang di sana..supaya lebih berkobar2 semangat anda yg membaca untuk terus berusaha dan berdoa agar berjaya menjejakkan kaki ke 2 tanah suci ini (Haramain)..bagi sy sendiri, tiada satu tempat pun di muka bumi ini yg wajar dikunjungi melainkan 3 masjid suci iaitu; Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa -yg wajib kita perjuangkan~~

**********

Tup,tup..dah sampai di airport Jeddah dari Qatar..maksudnya perjalanan dr Jeddah mengambil masa 6 jam lagi untuk tiba ke Madinah..(^^) kami berhenti seketika untuk bersolat jama’ dan qasar maghrib-isya’..bermusafir, bermusafir jg tp solat ttp yg utama. Huhu,xsabar rasanya untuk tiba di Madinah,,,...ZzZZzz- terlena pula sy dalam bas, tanpa disedari (^^)" ish3..

Tiba2 ustaz announced- “Assalamu'alaikum, Tuan2 dan Puan2, Alhamdulillah kita skrg sudah selamat sampai ke Madinah al-Munawwarah,..sama2 kita membaca doa memasuki kota Madinah..Dan perlu diingat, mulai saat ini, setiap pekerjaan yg dilakukan akan diberi ganjaran 1000 kebaikan oleh Allah, begitu juga sebaliknya. Jadi, sama2 kita ingat dan memperingatkan masing2." MasyaAllah~..bercahaya sungguh masjid nabawi!!..dari jauh lagi sudah kelihatan. (^^)

***********

Keesokan pagi-

Sayu dan malu rasanya, semasa menjejakkan kaki di bumi madinah..kami terus mengatur langkah ke masjid nabawi untuk bersolat subuh pada jam 4 pagi. Di madinah dan Makkah; Azan pertama ialah sejam lebih awal; pada pukul 3 pagi, tp azan yg sebenar2nya untuk bersolat jemaah adalah pada pukul 4 pagi. Pada pukul 7 am pula, kami bersiap2 untuk menziarahi makam Rasulullah dan memberi salam padanya; Kekasih Allah SWT, Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam..Berpusu2 saudara2 seIslam kita dr pelbagai negara, menuju ke pintu masuk masjid, semua dah mula memberi salam dr luar masjid lagi, sambil menangis teresak2,…(^^)

Kami pula terus menuju ke Raudhah (taman syurga); di suatu bahagian masjid nabawi bersebelahan dgn tempat makam Rasulullah SAW. Masa ni barulah kita dapat tahu tenaga wanita , sgt kuat sebenarnya..kalau ditolak boleh tersungkur! hehe (^^) maklumlah semua berebut2; kalau boleh nak dapatkan saf pertama iaitu garisan sebenar kawasan Raudhah yg diumpamakan seperti taman syurga..untuk muslimat beginilah keadaannya, coz the space is too limited. But for men,no problem insyaAllah. (^^)

*********

Semasa menunggu giliran, pegawai2 wanita masjid mengarahkan jemaah masuk by group; Malaysia & Indonesia, Turki & Pakistan,dan lain2. Semasa dah nak dekat sampai ke kwsn Raudhah, terhibur juga melihat gelagat manusia- ada yg dah siap2 membawa berhelai2 kertas penuh dgn doa untuk keluarga, anak cucu..hehe. Sy pun terhafal jadinya doa makcik di sebelah yg dah bersedia untuk berdoa sebaik sahaja berada di Raudhah..kerana terlalu lama berdoa, smpai jemaah lain pulak mulalah naik meradang..hehe (^^) Bak kata ustazah, semasa berada di raudhah, buat lah solat sunat dua rakaat yg pendek dan doa yg pendek serta padat..bagi peluang pada yg lain pula..(^^)

Alhamdulillah, kebetulan dah berkesempatan berdiri bersebelahan makam nabi, makam khalifah abu Bakr dan khalifah ‘Umar lalu kami pun memberi salam dan sambil menghadap qiblat, berdoa untuk baginda, sahabat2 dan keluarganya…huhuhuhu..(-.-) xtergambar perasaan tika itu…dan dalam sedih2 ni ,ada terdengar juga sekumpulan suara makcik di belakang..(^^)

“eh..kita dah boleh bg salam kat nabi dari sini,..makam Rasulullah di situ..”kata seorang makcik.

“xmaulah, kita pergi dekat lagi..kalau dari sini, takut nabi tak dengar,”…ujar makcik seorang lagi. (^^)”

Sebenarnya memberi salam dr luar pun boleh saja tak perlu sampai betul2 depan makam, betul tak?…hoho. Macam2 ragam manusia ni..hoho. Tiba2 rezeki kami bertiga, guard pangggil- “Malaysia2!! sini,sini.. “ beliau suruh bergerak ke depan..guard arab ni sbnrnya selalu tolong org Malaysia dan Indonesia sebab klu nak ikutkan org kita plg kecil saiz badannya berbanding mereka.(^^) dan yg lebih bagusnya, kebanyakan guard wanita pandai bertutur bahasa Melayu..(^^) Alhamdulillah- mak,kakak dan sy berjaya masuk Raudhah!

**********

Keesokan hari-

Kami berziarah luar pula selepas berziarah dalam (ke raudhah, makam nabi dan khalifah2 terawal dan perkuburan baqi’). Berziarah luar ni pula di sekitar kota Madinah al-Munawwarah iaitu di Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh,Perkuburan Syuhada’ Uhud, Bukit Thur, dan sebagainya..

Semasa dlm perjalanan ke tempat2 ni kami melalui Perkuburan Baqi’ lalu memberi salam beramai2 dari dalam bas sekali lagi..Antara yg dimakamkan di Baqi’ adalah khalifah Uthman , isteri2 dan anak2 nabi SAW, Hasan dan Husin serta yg lain2nya..dan seperkara lagi, ayat dlm memberi salam pada ahli kubur yg kita selalu baca semasa melawat atau melewati perkuburan Islam yg sgt menyentuh hati adalah pada patah terakhirnya iaitu “…dan InsyaAllah, kami juga bakal mengikuti kalian..” (ya, sememangnya kematian itu BENAR, dan Engkau jua sebaik2 tempat kembali kami, Ya Allah..)

Ada juga ustaz tunjukkan kalau tak salah sy- Masjid Barakah namanya; iaitu pernah nabi suatu ketika berdoa di sini 3 perkara pada Allah SWT tetapi dari 3, hanya 2 yg dimakbulkan Allah. Pertama; agar Allah menyelamatkan umatnya dr kekeringan atau kelaparan, Kedua; agar Allah menyelamatkan umatnya dari kebanjiran dan yg Ketiga ;agar Allah menyatukan umatnya. Maka, dari 3 permintaan nabi s.a.w ini, Allah hanya memakbulkan doa nabi s.a.w yang pertama dan kedua sahaja..yang ketiga mmg perlu diusahakan sebaik mungkin..(^^)

Dan di sepanjang perjalanan, Mutawwif kami menerangkan sedikit sebanyak tentang sirah Rasulullah di bumi madinah. Dan ustaz juga menerangkan bahawa org yg BAKHIL sebenarnya adalah org yg apabila nama Rasulullah SAW disebut, dia tidak menjawab dgn ‘sallallahu ‘alaihi wasallam”..sedangkan setiap selawat kita pada nabi, Allah akan membalas dengan 10 kebaikan dan keampunan bagi org yg berselawat ke atas KekasihNya. (^^)

Semasa dalam bas juga, ustaz turut menyanyikan lagu yg didendangkan oleh penduduk Madinah semasa menyambut dengan penuh kegembiraan kedatangan baginda Rasulullah, penyeri dan cahaya sekalian alam ini .(^^)..dalam sedang berselawat dan menyanyikan lagu “thola’al badru ‘alayna” tanpa disedari- air mata ini mengalir..terasa begitu hampir dgn baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yg sentiasa dirindui..kini, sy sedang berpijak di bumi yg baginda Rasulullah pernah berpijak suatu ketika dahulu..

***********

Hari Terakhir di Madinah

Sebelum jam 9 pagi..semua ahli kumpulan harus selesaikan ziarah Wada'..iaitu ziarah perpisahan untuk keluar dari kota Madinah...sedih! kalau boleh rasa nak duduk lebih lama lagi..tp apakan daya, kami perlu bertolak ke Makkah untuk mengerjakan umrah dan inilah sebenarnya objektif utama kami..(^^) mudah2an, ini bukanlah ziarah terakhir kami ke bumi Madinah ini~

Terdetik di hati,....bagaimana lah kalau nabi masih hidup ketika ini- mesti seronok sgt dan masyarakat Islam pun xlah menjadi seteruk seperti yg ada kini..kita semua semakin menjauhkan diri -jauh dr ajaran yg dibawanya, dan malah jauh dr Allah SWT.

Tidak kurang, ada juga di kalangan umatnya sendiri yg dengan lantang bangun menentang, hanya untuk memuaskan hati dan nafsu masing2..(-.-)” ampunkan kami Ya Allah,atas keterlanjuran dan ma’siat yg kami kerjakan di atas muka bumimu..Maha SuciMu Ya Allah, sesungguhnya kami adalah golongan org2 yang menzalimi diri sendiri..

Wassalamu'alaikum (^^) ~
(sama2 kita cuba rasai kegembiraan penduduk Madinah dan kesedihan muslimin dan muslimat sewaktu khutbah terakhir Rasulullah SAW untuk umatnya dgn melihat video klip ini)

No comments:

Post a Comment