Thursday, July 8, 2010

Siapakah Gerangannya??

Assalamu’alaikum to all readers..

Wah,rasa lama tak tulis di blog nih..insyaAllah, sem pun dah nak start, after 3 months holiday~ (^^) Cuma sebelum sem mula ni, sy nak bawakan satu topic untuk kita sama2 fikirkan..Yang mungkin kita lupa akannya, tapi kita tak akan sesekali dilupakannya..Pening?? ya,..kalau anda pening..baca lagi..kali ni lebih serius eh..ohya sebelum baca,..tekan play pada video terlebih dahulu dan teruskan bacaan dengan penuh penghayatan jika boleh (^^)~

*************

Yang sy maksudkan adalah Rasulullah SAW..(^^) Sebagai rasul utusan Allah SWT, baginda tak pernah berputus asa atau berundur walau setapak dalam menyampaikan dakwah sehinggalah dengan izin Allah SWT, Islam masih bersama kita. Kita di Malaysia dan rantau nusantara ini Alhamdulillah, kebanyakan orang Melayu kita dilahirkan sbg Muslim. Alhamdulilah juga, atas nikmat terbesar ini,Ya Allah! Mungkin skrg kita tidak sedar akan kebesaran agama ini...tp percayalah, di hari kebangkitan kelak semuanya akan terbukti dan ingatlah di saat itu taubat dan kesal tak lagi berguna..

Sepanjang hidupnya hinggalah ke hari baginda wafat,baginda tak berhenti2 memperjuangkan Islam walaupun diancam dgn segala bagai ugutan...tapi demi menyampaikan ajaran Allah SWT, beliau redahi juga pahit maung dengan penuh ketabahan dan kesabaran....Untuk siapa semuanya?--umatnya..

Di saat baginda ditentang dan umatnya tidak lagi mahu mendengar atau enggan mengikut ajarannya, adakah baginda doakan agar Allah turunkan bala atas keingkaran umatnya?? Tidak, Rasulullah SAW sedikitpun tidak marah umatnya, malah terus mendoakan agar Allah SWT tunjukkan jalan yg lurus dan ampunkan umatnya…Ya,baginda tidak pernah marah kepada kita walau byk kesalahan kita lakukan,apatah lagi pada zaman ini...Untuk siapa semuanya?---umatnya..

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat; “Tahukah kamu siapa yg paling mulia disisi Allah dan Rasul,...?”para sahabat menjawab malaikat, kemudian nabi dan rasul, kemudian menjawab lagi-“ adakah kami para sahabatmu?”

Rasulullah SAW sambil merenung satu persatu..wajah-wajah para sahabatnya, lalu baginda bersabda; “sudah tentu kamu mulia wahai sahabat2ku,..tapi ada yg lebih mulia,”… para sahabah terdiam..-

”Saksikanlah wahai sahabat2ku,.. mereka adalah UMATKU yg akan datang selepas kalian,..”lalu Rasulullah tertunduk sambil menangis…

Baginda menangis ketika menyebut kita; umatnya yg belum lagi wujud tika itu..tp adakah kita sekarang menangis dan berselawat apabila nama Rasulullah SAW disebut?? Sambutlah namanya dengan selawat --“sallallahu ‘alaihi wa sallam”..Tidak rugi kita berselawat, malah 1001 macam kebaikan dijanjikan oleh Allah SWT pada yg sesiapa berselawat ke atas KekasihNya-Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Beberapa tahun hijrah sebelum kewafatannya, baginda mengerjakan haji wada' dan sempat juga memberikan khutbah wada' (khutbah perpisahan sebelum wafat)..Wasiat dan nasihat untuk umat yang sangat baginda cintai...mari kita semua mencari wasiat terpenting Rasulullah SAW itu, selepas ini.

Dan tatkala baginda hampir menghembuskan nafas…beliau masih menyebut2 umatnya.."Ummati,Ummati,Ummati"….tidak pula beliau menyebut2 ahli keluarganya terlebih dahulu..Ya Allah,..betapa besarnya kasih sayang dan cinta KekasihMu pada kami yg saat itu belum lagi lahir ke dunia fana ini!

Kasih dan Cintanya tidak berakhir di dunia ini, tapi….~

Sebaik sahaja dibangkitkan nanti, baginda akan tergesa2 menepis pasir dan debu atas badannya lantas bertanya kepada Jibril a.s akan keadaan umatnya. Baginda bergegas untuk mencari kita; umatnya yg berada dalam huru-hara dalam lautan manusia dari zaman nabi Adam a.s di Padang Mahsyar yang luas….matahari digambarkan seperti sejengkal sahaja di atas kepala manusia, ada yg bangun berupa haiwan, ada yang berpeluh-peluh kepanasan dan,..segala macam keadaan yg tak tercapai dek akal fikiran manusia untuk membayangkannya...Allahu Akbar.

Pintu neraka Jahannam akan Allah SWT bukakan,..maka terdengarlah suara neraka Jahannam yg mengerikan,....Dan di saat itu,walau datang pahala 70 nabi juga tidak mampu menyelamatkan seorang pun darinya..

Demi cinta kepada umat, Rasulullah SAW berjanji ,..bahawa baginda akan simpankan doanya agar dapat menjadi syafaat. Dengan itu, Allah SWT akan selamatkan umatnya dr dijilat api neraka…baginda berjanji untuk menolong sedaya upayanya,...Untuk siapa semua ini????—umatnya!

Ketika setiap hamba meniti di Titian Mustaqiim itu, Rasulullah SAW berdebar-debar memerhatikan dengan penuh kerisauan, takut2 ada di kalangan umatnya yg terjatuh ke neraka..Na’uzubillahi min zaalik~....Kerisauan baginda ini, tak tumpah seperti seorang ibu yg bimbang melihat anak kecilnya, malah lebih lagi risaunya baginda...

Ketahuilah sahabat2ku, Rasulullah SAW mencintai kita lebih dr ibu bapa, suami/isteri atau makhluk mana pun di dunia ini..syafaat baginda jua yg kita harapkan di akhirah sana agar Allah SWT dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya memperkenankan permintan Rasulullah SAW, sekaligus dapat menyelamatkan kita semua dari dijilat api neraka yang menjulang2..

Tapi….Mengapa---kita semua semakin mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT dan menjadi umat yg mengingkari ajaran yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW? Mengapa kita perlu angkuh dan ingkar?? Mahukah kita diazab Allah SWT seperti umat2 terdahulu yang mengingkari Nabi dan Rasul mereka serta membelakangi kitab2 Allah?

Dunia ini hanya mainan dan sementara sahaja..Akhirah jua yg abadi…Setiap umat telah pun Allah SWT utuskan Nabi dan Rasul untuk menjadi penyampai RisalahNya, pembawa berita gembira dan pemberi amaran untuk umat masing2..dan untuk kita semua,..telah Allah SWT utuskan Muhammad Rasulullah SAW, rahmat buat sekalian alam ini- penyudah sekalian anbiyaa’ dan bersamanya kitab Allah ‘Azza Wajalla iaitu Al-Quran; sebagai panduan hidup yg terunggul sepanjang zaman…

Mari,..marilah kita berlayar bersama-sama di lautan dunia fana dengan menaiki bahtera Al-Quran dan As-Sunnah..dan sekaligus mendapat keredhaan Allah SWT yg sgt2 didambakan oleh setiap hamba..

Kami Rindu Padamu,Ya Rasul...Kami Sayang Padamu,Ya Rasul~

Sekian..Wassalamu’alaikum~


Dipetik daripada suatu ceramah oleh al-Ustaz Badli Syah Alauddin

#sy mendengar nasyid di atas sambil menulis blog ni...sgt mengharukan..rindunya pada baginda...terimalah kami semua sbg umatmu, Ya Rasulullah. Terima kasih juga buat tuan empunya video yg telah sy ambil dari YouTube, dan ianya di-edit sedikit..syukran jazilan wa barakallahu fiik..(^^)

No comments:

Post a Comment