Friday, May 14, 2010

Suatu Hari di Kedai…

Assalamu’alaikum to all readers..

Hurm hari ni laporan siri ke-2 dari pemerhatian dan pengalaman saya..tempatnya adalah di sebuah kedai pasar raya,untuk membeli beberapa barang keperluan berdekatan rumah, pada waktu pagi sekitar 9am…(^^)..Laporannya begini-

******

Selepas selesai parking kereta, sy pun sambil mengulang2 nama2 brg yg perlu dibeli, masuklah ke kedai lalu memberi salam pada tuan empunya kedai..-

“Assalamu’alaikum,….” (kebetulan tuan kedai sendiri yg menjaga kaunter pd pagi itu..seorang makcik berumur dalam 45-an)

“Wa’alaikumussalam, KAK...jemput masuk”..(terkejut, seorg makcik memanggil saya kakak??!! ) Memang menakjubkan! Tersenyum sendirian saya dibuatnya,sambil berfikir adakah saya perlu menggelarnya ADIK pula? Hehe..takpalah mungkin tersasul kot..

*******

Saya terus ke belakang kedai..mencari paket ikan masin tenggiri..sedapppp..(^^)v

“haa! Ni pun..uh, takda HALAL JAKIM pulak paket ni..” lalu saya pergi ke kaunter bertanyakan samada masih ada stok paket lain berlogokan HALAL JAKIM , bukan HALAL cap ayam (yang palsu atau tertulis dlm jawi shaja) macam yg saya sedang pegang ketika itu.

“Puan, tumpang tanya..ikan masin ni ada tak yg berlogo JAKIM punya??”

“Em..xda KAK.. (x tersasul rupanya makcik ini tadi..hoho)..semua orang Melayu di area ni, beli yg ni saja,xda masalah..kedai makan sebelah pun beli..OK ja.” sambil mencebik mulutnya.

“OKlah kalau takda , tapi lebih baik jual yg ada, macam yang Puan jual sebelum2 ni,…” nasihat sy pada tuan kedai.

>> Hurm..anda perasan tak, org Melayu kita skrg mula menjadikan penerimaan orang ramai sbg sumber hukum. Contohnya; keHALALan sesuatu barang seperti tuan kedai ini. Bagaimana pula di sebuah kedai makan yang memang sah tak halal,..boleh ke kita makan hanya disebabkan ramai org Melayu makan di situ???hurm..fikir2kan..

******

Semasa sedang berbual dgn tuan kedai ttg ikan masin, muncul seseorang di muka pintu kedai, seorg pelajar perempuan berjubah, berumur dalam lingkungan 15 tahun yg kebetulan selalu sy terjumpa di kedai buku sebelah. Dia juga turut memberi salam pada tuan kedai dan sekali lagi tuan kedai memangggilnya KAK..terkejut adik itu! ..hehe.

Saya pun memandangnya sambil tersenyum; memberi ‘mesej’ padanya- SABAR jelah, adik..(^^) dan nak menjadi cerita, kebetulan ada pula seorang lagi pelanggan wanita berskirt pendek dalam lingkungan 30-an. Tuan kedai dengan semangatnya, mengalu-alukan- “Jemput DIK, ikan segar2 hari ni”.. (adik tadi sekali lagi terkejut)..hehe.

>>>Apa nak jadi..kalau berpakaian serba lengkap,menutup aurat atau bg orang lelaki yg memakai kopiah dll, pasti anda digelar PAKCIK, MAKCIK, ABANG atau KAKAK..tapi jika sebaliknya,anda akan digelar ADIK.. mungkin anda juga pernah mempunyai pengalaman sebegini. Hurm, ..ada apa dgn gelaran,kan?? yang penting kita semua patut tahu batas dalam menutup aurat dan berpakaian yang sekaligus melambangkan kita ini sebagai org ISLAM..(^^)

******

Hurm..lupakan saja ttg ikan masin dan isu KAKAK vs ADIK..Sekarang..masa untuk mencari serai, bendi dan daun ketumbar ,…sedang sibuk memilih..terdengar perbualan dua orang lelaki -

“eh,..you rasa ikan ni fresh tak??” A bertanya pada B. (owh..pilih ikan rupanya..bagus2..)

“ I tak surelah..cuba you tanya kat kakak belakang you tu...” jawab B. (kusangkakan siapalah gerangannya ‘kakak tu’….rupa2nya)-

“Excuse me,KAK..agak2 ikan kembung ni fresh tak??” dengan suara yg lemah gemalai (dia nak tanya kat sy rupanya!)

~Nak pengsan saya dibuatnya~……kusangkakan lelaki, tapi berpakaian wanita??- ‘makhluk 2 alam’..(*.*)

“err….ENCIK berdua boleh tanya di kaunter depannnn,….” menggigil sy bercakap dengan mereka dan terus saya hilangkan diri dr tempat kejadian (-.-) takuttt..muka mereka pun bertukar menjadi merah padam , mungkin gara-gara dipanggil ENCIK,bukan CIK??

>>>> Sedar tidak sedar..penerimaan masyarakat ttg suatu tingkah laku,menjadi factor utama samada ianya terus diamalkan atau ditinggalkan. Apatah lagi kalau yg melanggar syariat seperti berpakaian dan berkelakuan seperti berlawanan jantina atau berpakaian menjolok mata dan sebagainya..betul tak??..bagi yang ingin menyerupai jantina berlawanan, jgn pula kita mengejek atau menggalakkan mereka, tapi cuba untuk ubah mereka spy dapat balik pada jalan yg betul.

-------------------------

Hurm inilah 2 kisah pendek yang ingin saya kongsikan dgn anda..(^^)

Disebabkan malu dipanggil KAKAK atau MAKCIK atau diperkatakan org, ramai wanita dan anak2 gadis enggan berpakaian menutup aurat dengan betul..

Disebabkan terlalu MENJAGA HATI orang, kita meninggalkan amar makruf nahi munkar..

Disebabkan cogan kata “SUKA HATI AKU, KUBUR KITA LAIN-LAIN”, kita tidak lagi mahu menerima sebarang teguran..

Oleh itu, sama2 kita abaikan pandangan serong atau mulut2 jahat orang di luar sana..dan sama2 kita focus dan jalani hidup yang singkat ini hanya kerana mengharapkan keampunan dan redha ALLAH SWT semata-mata..bukan lagi kerana ingin mendapat pujian2 atau kata2 manis daripada makhluk bernama manusia.. (^^)

Maaf juga dipinta jika ada dari bahagian post kali ini yg mengguris hati anda yang membaca..sekadar ini sahaja laporan siri ke-2 daripada sy (bukan Karam Singh Walia) tapi eli, khas untuk tatapan kita bersama…(^^)

Wassalamu’alaikum.

2 comments:

  1. Salam..pengalaman hampir sama dengan saya di sini..terima kasih berkongsi pengalaman anda..wassalam

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam warahmatullah..
    yaka,...rasanya mmg dunia skrg mmg begini(-.-) terima kasih juga atas komen saudara/saudari (^^)

    ReplyDelete