Wednesday, May 5, 2010

Mat **** vs Mat ****??

Assalamu’alaikum warahmatullah…

Isu hari ni adalah menggelar seseorang dan yang digelarkan..maksud sy kita sering menggelarkan sesuatu bangsa dgn warna kulitnya atau gelaran yg tidak elok seperti mat saleh, mat hitam, minah senget, minah ketot dan segala macam..

Terfikirkah kita samada gelaran yg diberikan disukainya atau tidak?? Tapi sy pasti, org putih @ mat saleh sgt suka dipanggil ‘saleh’ walaupun mereka tak berbuat amal soleh (bg yg kafir) (^^)”

Bagaimana pula mereka yg berkulit hitam,coklat atau kuning, sukakah kita jika dipanggil sedemikian??? Berubah tak air muka kita dibuatnya?? Mungkin kita patut minta persetujuan seseorang atas nama apa yg mereka sukai , sama juga seperti diri kita yg ingin digelar dgn segala yg baik.

Di sini ada beberapa cerita yg ingin sy kongsi dgn anda spy kita lebih hargai orang di sekeliling kita dan tidak lagi memanggil seseorng sbg mat itam, mat kuning atau apa2..tambah2 lagi kalau mereka saudara seIslam kita..sedikit sbyk sy terasa kecewa dan kecil hati dgn panggilan2 yg diberi pada mereka ini kerana mereka sahabat saya. Menghina mereka bererti menghina sy juga..

Sejak berkenalan dgn mereka ini sy dapat rasakan keikhlasan dan kebaikan hati mereka yg membuatkan sy sgt2 terharu.. Pada masa yg sama bersyukur krn Allah SWT berikan sy peluang untuk mengenal dan membela mereka.. (^^) Anggaplah perbezaan semasa kita sbg suatu kurniaan dan keagungan Allah SWT. Berikut adalah ‘cerita bersiri’ yg dpt kita menilai bersama2:-

********

Pensyarah-pensyarah dari Sudan

Alhamdulillah di tempat sy belajar ini sy xpernah terfikir dpt berguru dgn pensyarah2 dr merata Negara Islam seperti Sudan, Algeria, Nigeria, Bosnia, Bangladesh, dll. Nak menjadi cerita, pada tahun pertama pengajian, sy mengambil kelas bahasa arab di bawah seorang ustaz dr Sudan. Mula-mula agak kekok sbb xbiasa..tp Alhamdulillah, ustaz mengajar dgn bagus sekali dan nak pastikan kami semua dpt A+++ katanya. Yang membuat sy terkejut ustaz kata pada tahun itu Alhamdulillah dia dpt sponsor 3 org kampung miskin di Sudan untuk pergi menunaikan haji (^^) sy saja melawak dgn ustaz, minta ustaz belanja sy plk tahun depan..beliau kata InsyaAllah boleh,..tp kena doakan beliau jadi kaya dulu sebab duit tambang Malaysia mahal! Hehe…(^^)

Sejak tahun pertama sampailah skrg, kalau terserempak dgn ustaz, beliau tak pernah jemu mengangkat tgnnya dr jauh lagi sambil tersenyum lebar..kdg2 sy segan sebab belum sempat member salam pd ustaz, ustaz yg meberi salam dahulu..(^^) kalau terserempak di café pula, kdg2 ustaz tanya nak minum apa, ustaz nak belanja..kalau di dewan peperiksaan, kebetulan ada subjek yg diajarnya di tempat yg sama ustaz akan datang ke meja sy bertanyakan samada saya boleh buat atau tidak paper tu, dan sempat lagi doakan kejayaan sy…(^^) moga Allah memberkati kalian..

**********

Sahabat dr Nigeria

Semasa di tahun dua, kebetulan mendapat ramai classmates dr Nigeria,Bosnia dan Saudi. Hurm ternampak juga sedikit diskriminasi di situ..pelajar2 Melayu lebih gemar berbicara dgn pelajar Bosnia dan Saudi, mengabaikan pelajar Nigeria..mengapa?? mereka jauh lebih baik jika anda semua tahu.. pensyarah saya pun tahu kelebihan mereka ini kerana mereka adalah penghafaz al-Quran dan bijak dlm Fiqh.. Mereka di Nigeria, adalah tenaga pengajar muda Islam yg bergerak di kawasan2 pedalaman untuk menyebarkan Islam dan baru berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Dan kebetulan pada bulan Ramadhan tahun itu, semasa bersolat di tingkat atas masjid university berimamkan imam yg bersuara sedap dan lancar bacaannya itu- sy ternampak imam 1 dan imam 2 untuk malam itu- rupa2nya classmates sy sendiri dari Nigeria itu.. .(^^) Moga Allah memberkati kalian..

************

Sahabat dari Rwanda

Menjadi kebiasaan sy makan di café seorang diri di university. .Pada suatu hari semasa menunggu waktu berbuka, sy memesan makanan dan duduk di sebuah meja.. Kemudian ada seorang sister datang ke meja sy dan bertanyakan samada beliau boleh berbuka sekali atau tidak. Sy pun mengalu2kannya..sambil menunggu makanan siap, kami berbual ttg Rwanda dan Malaysia dan beliau sgt gembira katanya berpeluang belajar di sebuah negara yg ramai org Islam seperti Malaysia. Semasa makanan dah siap kami berdua pergi mengambilnya…yg mengharukan sy, dalam senyap2 beliau telah memesan sepinggan lengkap penuh untuk belanja saya berbuka sebab katanya tak ramai org suka berkawan dgn org kulit hitam sepertinya..(-.-)” Terkedu saya mendengarnya dan untuk menenangkan hatinya sy belanja beliau air pulak sebagai balasan..Jangan bersedih sahabatku! (^^)

***********

Sahabat dari Maldives

Di kelas pagi pada permulaan semester…sy betul 2 sangka yg seorang sister ni orang India Muslim..punyalah bercakap Melayu , sekali rupa2nya org Maldives. (-.-)” malu sy dibuatnya…hoho..dari situ juga menjadi titik persahabatan kami berdua. Alhamdulillah..katanya, sepanjang di university hinggalah dah nak graduate ni katanya, beliau cuma ada 4 org kawan berbangsa melayu dan rasa sgt pelik..nak tenangkan hatinya ,sy pun kata yeah,memang pelik! Hehe.. Rajin juga beliau ajar sy bahasa Maldives, dan tiap pagi2 nak ke kelas dari jauh dia tersenyum2 dan datang memeluk sy sambil beri salam dan ucap selamat pagi dlm bahasanya, sy pun apa lagi,balaslah balik bahasanya walaupun salah..hehe (^^)

**********

Hurm,..Kesimpulan pada cerita2 ini, bila sudah mula kenal-mengenal.. rupa2nya mereka pernah nampak sy di forum2 anjuran Aqsa Society. Cuma tak tahu bagaimana nak mulakan perbualan dan msg2 rasa rendah diri takut dilayan begini dan begitu,…Alhamdulillah Islam dan al-Aqsa menyatukan kita semua. Inilah yg menjadi sebab sy menulis tajuk ini... Dgn harapan tiada lagi gelaran kurang elok, dan kalau nak gelar seseorang dgn bukan namanya, pastikan anda bertanya pendapat tuan empunya diri dahulu... (^^) silap hari bulan, dibuatnya dia kecik hati…habislah kita ‘di sana’ nanti..fuh!

Rupa dan kulit tak penting kerana ia hanya pinjaman dr Allah SWT semata..apa yang penting??? (bukan kerjasama mcm w0nderpets) tetapi hati dan iman jua yg menjadi ukuran..entah bagaimanalah rupa hati kita ini sebenarnya-Kuning berkaratkah? Hitamkah? Putihkah??..Allah SWT juga Maha Mengetahui dan Maha Menilai hamba2Nya. (^^)

Wassalamu’alaikum~

2 comments:

  1. Artikel yang menarik! Kadang-kadang manusia lebih cenderung mengutuk orang lain yang tidak dapat merasai nikmat yang dirasakannya, sedangkan sepatutnya nikmat yang diberi Allah harus di syukuri dan berharap agar Allah memudahkan orang lain untuk menikamati pemberian tuhan seperti yang telah dikurniakan padanya...berhatilah-hatilah! kadang-kadang nikmat yang manusia rasai hanyalah istidraj dari Allah agar ia terus tenggelam dalam maksiat dan kufur...sekadar mencelah, terima kasih 5senses atas perkongsia.

    ReplyDelete
  2. Betul,ustaz...moga kita lebih berhati2 dan lebih mensyukuri nikmat yg diberi Allah SWT..terima kasih juga atas komen yg membina...(^^)

    ReplyDelete