Thursday, May 20, 2010

Orang Muda Macam Kita...(",)

Assalamu’alaikum to all readers…

Terutamanya yang muda dan rasa dirinya muda….(^^) Hurm post kali ni, ttg Orang Muda yang menjadi topik hangat dlm program Al-Kuliyyah TV3, Halaqah TV9, dan di Liga Ilmu Astro Oasis sempena Hari Belia Negara pada 15 Mei setiap tahun..menarik dan bagus untuk dikongsikan bersama anda..

Ustaz Haslin menyanyikan lagu ala2 Hindustannya-

~Wahai orang muda~ Jangan ingat matimu tuaaaaaa~

~ Wahai orang tua~ Jangan ingat kau tak mati langsunggg~

Hehe… menarik bukan? Bukan ini sahaja,..sama2 kita ikuti kupasan lanjut di bawah oleh ustaz2 muda kita- (^^)

Dalam sebuah Hadis Qudsi, Allah sangat takjub dgn hambaNya iaitu orang2 muda yang meninggalkan syahwatnya semata-mata keranaNya, dan mereka di sisi Allah SWT itu seperti para malaikat..(Hadis Bukhari) dan orang2 muda ini jugalah yg bakal mendapat naungan 'Arasy Allah SWT di akhirat kelak, pada hari tatkala manusia menjadi huru-hara tanpa arah tuju..

Allahu Akbar.. inilah juga menjadi sebab utama kenapa syaitan bersungguh-sungguh untuk memalingkan kita dr mengikut jalan ALLAH yang lurus dan selamat ini…BIJAK syaitan ni kan??maklumlah mereka telah Allah janjikan hidup yg panjang sehingga Kiamat..jadi, marilah kita buktikan kita LEBIH BIJAK dan SEDAR sebelum terngadah. Kita juga mestilah selalu meminta perlindungan dan beribadah seikhlasnya kepada Allah SWT Tuhan Sekalian Alam…(^^)

Dalam Surah al-Hadid, ayat 20: diterangkan oleh Allah SWT - 5 ciri2 dunia iaitu sbg permainan yg menyenangkan tp tidak menjanjikan ketenangan, melalaikan, sbg perhiasan yg banyak sehingga lupakan akhirah, bermegah2 sehingga membuatkan diri rasa rendah diri jika tidak memilikinya, dan dunia ini sebenarnya serba tak mencukupi.

>>> Sejarah dan tamadun manusia ini juga sebenarnya bertunjangkan orang muda seperti zaman sebelum Islam dimana sekumpulan Ashabul Kahfi ber’uzlah di gua. Mereka ikhlas dan kuat dlm mempertahankan aqidah mereka sewaktu zaman di bawah pemerintahan raja yg zalim dan mewajibkan rakyat menyembahnya…

Bagaimana pula dgn Jaa’far bin Abi Talib yg ketika umurnya 20 tahun, sudah berani berhujah dgn Raja Habsyah yang ketika itu beragama Nasrani sehinga membuatnya menangis lalu akhirnya memeluk Islam?

Dan Usamah bin Zaid yang berumur 17 tahun ketika beliau dilantik menjadi Panglima Islam dalam Perang Ahzab berlawan dgn tentera2 Empayar Rom??

Akhir-akhir ini, kita sering diwar-warkan dengan jadilah Belia yg Proaktif, Produktif, Kreatif, Inovatif..tapi kenapa kita tak kata jadilah “DIINETIC YOUTH” (Belia yang Beragama)..sebab bila agama itu kuat, insyaAllah di mana pun kita tercampak ,pasti berjaya juga..(^^) Setuju??

Mengikut statistic di Malaysia, terdapat 11 juta belia dan mengikut masa yg digunakan oleh para belia pula; hanya 2.8 peratus jam shj digunakan untuk melakukan sesuatu yg berguna.. manakala purata 16.3 jam lagi hanya duduk-duduk sahaja,membuang masa.. dan lagi menyedihkan dengan generasi muda Islam kini,..setiap hari di negara kita 47 anak luar nikah dilahirkan dan dibuang..alangkah memilukan dan memalukan!

Dan lagi beraninya orang kita, mengikut kajian- 80% tidak mengerjakan solat termasuklah yg tak cukup lima waktu sehari..(-.-)” inilah yang menjadi jawapan pada segala persoalan mengenai punca masalah pemuda pemudi Islam sekarang serta masyarakat secara keseluruhannya.

Muda sebenarnya adalah subjektif..tapi ingatlah..bila kita bertemu Allah SWT kelak, yang akan ditanya bukanlah umur tapi amalan yang dilakukan sepanjang hidup, khususnya solat…sama2 kita muhasabah diri..

>>> Rumusan mudah (^^);

(Umur Anda Sekarang) - (Umur Anda Baligh) = ________

(inilah baki umur yang perlu dipastikan penuh dgn amal soleh, dan pastikan juga betul2 cukup untuk menghadap Allah SWT nanti)

Dalam sehari 5 waktu solat; kalau setahun ??

5 x 365 =1825 waktu

1825 waktu solat x (baki umur anda selepas baligh) = ________

(inilah jumlah solat yg patut ada dalam BUKU AKAUN AMALAN kita..tp lainlah plk dgn kes org perempuan yg setiap bulan diberi BONUS..)

>>> Bagaimana kita boleh seimbangkan antara dunia dan akhirah??

i- Bermula dgn pendidikan aqidah terlebih dahulu

ii- Mencari mentor ,contoh, dan rakan2 yg baik dan beriman.

iii- Allah SWT izinkan kita untuk explore dunia ini, tetapi berwaspadalah..semuanya tampak indah tp bakal buat kita merana di akhirah…

iv- Dlm apa jua tindakan, jadikan Islam sbg yg utama..dlm erti kata lain..lihat dahulu..adakah aku buat ini sebenarnya mengikut ajaran Islam atau ikut jalan hitam??

v- Jangan mula berjinak2 dengan maksiat

vi. Berdoa selalu agar tidak dibolak-balikkan hati ini sehingga ajal datang menjemput..contohnya Surah al-Kahfi ; ayat 10 minta agar Allah SWT tak jemu memberi hidayah pada kita.

>>> Hadis Riwayat Nasaei’: “Rezeki itu mengejar kita sama seperti ajal mengejar kita..”

Bila ajal itu datang secara tiba2..ke mana lagi tempat boleh kita larikan diri?…dan masa itu juga taubat kita tidak lagi diterima..sama2lah kita bertaubat dan perbaiki diri mulai saat ini, ketika ini…

Tak perlu kita menjadi Ashabul Kahfi, mencari gua…tp duduklah di “GUA ISLAM” untuk kita selamatkan diri dari bahana akhir zaman ini..sama2 kita kembali pada ajaran Islam dan pertahankanlah aqidah dan identity kita sebagai orang Islam yg disegani. Kita adalah umat yg menjadi harapan Rasulullah SAW yang pada saat kematiannya baginda masih lagi menyebut; ..”Ummati, Ummati,..”inilah cinta luar biasa Rasullullah kepada kita;yang belum pernah baginda kenal atau lihat..

Sekian saja untuk post kali ini..Kesimpulannya; Apa yang penting-à kerjasama!! Antara orang tua dan org muda dlm membina sebuah masyarakat dan negara Islam yg mantoppp..~ (^^) Wassalamu’alaikum..

************

Ahli2 panel yang dihormati;

Ustaz Zahazan, Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus, Ustaz Mohamad bin Abdullah,Ustaz Mohd Haslin, Ustaz Dzulkarnain, Ustaz Badlishah,Ustaz Ghazali, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

No comments:

Post a Comment