Tuesday, May 4, 2010

Syaitan Moden..

Assalamu’alaikum warahmatullah…(^^)

Hurm post hari ni berkenaan tajuk siaran Halaqah pada 2 Mei 2010- “Syaitan Moden” yg sedang berkeliaran di luar sana..Secara umum, isi perbincangan berkaitan dgn definisi, komponen manusia, cara syaitan moden menghasut , bagaimana kita boleh mengesan pd ahli keluarga kita yg terkena hasutannya dan pelan tindakan utk mengatasinya..

Merujuk pada tafsiran Surah al-Baqarah (195);

“Dan belanjakanlah harta pada jalan Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dlm bahaya kebinasaan dan baikilah perbuatan kamu,kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yg suka memperbaiki amalannya.”

Allah SWT xjemu memberi hidayah dan menujukkkan tanda-tanda kebesarannya kepada hambaNya agar menjadi orang yang beriman dan seterusnya berbahagia di dunia dan akhirah. Tapi awas, jgn sampai kebaikan dan kemurahan nikmat Allah SWT itu kita gunakan untuk menempah binasa.

Antara ‘kebinasaan’ yg dimaksudkan oleh ahli2 panel ialah bahaya DADAH yg sedia maklum membawa kehancuran pada agama, manusia dan masyarakat serta negara secara keseluruhannya. Kemudian, panel meneruskan lagi dgn penerangan ttg maksud Syaitan Moden.

Setiap diri manusia terdiri daripada 4 sifat:

i- sifat ketuhanan (naluri untuk menyembah Allah SWT Yang Maha Esa)

ii- sifat haiwan (makan,minum,dll.)

iii-sifat syaitan (sifat mazmumah dan suka menghasut)

iv- sifat malaikat ( xpernah putus memuji dan beribadah pada Allah)

Syaitan Moden yg dimaksudkan ialah pengedar dadah dan juga merupakan musuh utama negara manakala syaitan yg sedia maklum ialah musuh manusia yg nyata dan bakal mengheret pengikut2nya ke neraka bersamanya.

Yang menyedihkan paling ramai yg terlibat adalah Orang Melayu yg beragama Islam dan tak kurang yg bagus latar belakang keluarga dan pendidikan agamanya tapi tersungkur akibat tunduk pd hawa nafsu.. dan sedar atau tidak, setiap penagih dadah bermula dengan tabiat merokok (yg mengandungi beribu2 bahan kimia) dan tabiat menghidu gam..sebab tu juga ROKOK telah difatwakan HARAM..mencegah dari awal lebih baik bukan??

Dalam ayat Quran yg lain, Allah SWT menyatakan ; kecuali bagi orang2 yg telah Allah SWT beri rahmat padanya, mereka tidak akan sesekali tunduk pd hawa nafsu.

Selain dari tunduk pada nafsu yg menjadi faktor2 manusia terpengaruh dgn syaitan moden ini ialah kedua kerana tidak menghayati ilmu agama. Bila manusia tak menghayati ilmu,, maka lupalah ia akan apa yg diseru Islam agar pelihara agama, ‘aql, nyawa, keturunan dan hartanya. Dan lebih teruk apabila sampai satu tahap, hilang cahaya agama dan tiada lg erti ketenangan hidup dan mudahlah ia dihasut syaitan.

>> Mengapa isu dadah ini masih berlarutan sejak dulu??

Keuntungan yg berlipat ganda membuatkan si Syaitan Moden menjadi buta mata dan tiada hati perut.. 1 g emas = RM 115, 1 g dadah= RM 400..kerana terlalu ingin menjadi kaya raya, nyawa manusia dipertaruhkan sedangkan org yg mengedar tidak pula mengambil dadah kerana mrk sendiri tahu kesannya.

>> Kaedah Syaitan Moden??

Kaedah ini sgt menguntungkan dan memudahkan mereka dan sekaligus dapat mencapai short and long term target mereka. Mereka akan mendekati pelajar2 yg bermasalah dan sekolah yg byk masalah disiplin. Mereka mengambil kesempatan atas sifat remaja yg suka mencuba benda baru. Pelajar2 kemudian diberi sgl kemudahan dan kesenangan, dadah percuma dan akhirnya mereka ini akan secara sukarela menjadi pengedar dadah pd rakan-rakan lain di sekolah.

>> Perubahan yg boleh dikesan??

Penting untuk kita semua tahu perubahan yg boleh dilihat pada mereka yg sudah terjebak dlm kancah dadah..terutama sekali para ibu bapa sepatutnya beri perhatian pd tanda2 berikut;-

i. Makan Banyak dan naik berat badan

ii. Tidur lebih dr 48 jam (tiada lg jadual untuk solat)

iii. Panas badan

iv. Mata merah

v. Sejuk dan tak tahan kena kipas langsung

vi. Muka kembang

vii. Respon dgn lambat.

>>> Pelan tindakan @ Action Plan

i. Betulkan sikap dan jauhkan niat dr menyentuh dadah dan apa2 yg sewaktu dgnnya.

ii. Mengelak dr kawan2, kumpulan dan persekitaran yang tidak elok, kerana bimbang akhirnya akan terjebak juga.

iii. Sedar bhw manusia ada nafsu yg menghasut jd cepat2 kita kembali pada jalan Allah SWT.

iv. Jgn tinggal doa untuk kebaikan diri, keluarga dan keturunan.

v. Mantapkan ilmu keibubapaan dlm mendidik dan periksa aktiviti anak2 selalu.

vi. Jaga Aqidah betul2 dan ikuti syariat dan sunnah Rasululullah SAW

vii Jgn menghina penagih dadah tp bimbing mereka kerana xsemestinya mereka masuk neraka dan kita masuk syurga.

*******************

Sekian sahaja yg dpt sy kongsikan dgn anda yang terlepas menonton program Halaqah ttg tajuk yang sgt bagus ini.. mgkin ada isi2 dan ulasan lain yg xsempat sy catit atau terlepas pandang..harap maaf..(^^) Ayuh, sama2 kita doa agar kita, keluarga dan keturunan serta masyarakat sentiasa diberi hidayah oleh Allah SWT dan sekaligus dpt menjadi benteng drpd terikut hasutan kedua-dua jenis syaitan yg membinasakan ini ; Syaitan Sejak Azali dan Syaitan Moden.

Wassalamu’alaikum warahmatullah.

Program Halaqah TV9 pada 02-05-10

“SYAITAN MODEN”

Dihoskan oleh Ustaz Shukri,

Ahli2 panel: Ustaz Jazlan Abdullah

Ustaz Hanafi Abdul Malek

(Pengarah SIDIM)

No comments:

Post a Comment