Monday, March 29, 2010

Bencana Yang Makin Hampir...?

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Moga anda sentiasa berada dlm rahmat dan kasih syg ALLAH SWT.. Hurm isu petang ni tentang bencana yg makin hampir dengan kita umat Islam khususnya..bencana apakah yg dimaksudkan? Bencana Yakjuj dan Makjuj…

Sy minta jasa baik pembaca membaca sehingga akhir post ini,dan sebarkan pd yg lain.kerana kata ustaz ramai yg tidak tahu dan masih leka sedang bencana makin hampir dengan kita…

Penting untuk anda dan sy tahu mengenainya, tajuk Halaqah TV9 ini ialah siaran pada 28 March 2010. Maklumat di bawah adalah berdasarkan pada ayat2 Al-Quran yang diperihalkan oleh Allah SWT, hadis2 dan hasil penemuan ekspedisi org terdahulu who were eager to know about Yakjuj and Makjuj and to answer the questions of who,where,and when,how, action plan…

# WHO@ Siapakah Yakjuj and Makjuj??

-Mereka sudah wujud sejak 700 tahun sebelum kelahiran nabi Isa a.s dan sudah sedia maklum dgn kerosakan dahsyat yg dilakukan mereka..
-mereka tidak beragama dan tujuan utama adalah untuk menakluk dunia
-mereka adalah manusia seperti kita BUKAN makhluk asing UFO, makhluk bawah tanah atau hantu.
-manusia berbangsa Scythia yg juga tertulis dlm penulisan Yahudi,Nasrani dan sumber2 lain. Juga dikenali sbg Makog.
-mereka ini dikatakan berkembang biak menjadi bangsa Mongol ,Eropah dan akhirnya Yahudi (agak kontoversial ckit..)---tapi tunggu,…sila ikuti perbincangan dibwh dulu,… =)

#WHERE @ Dimakah mereka??

- YAKJUJ; mereka ini tinggal di kawasan tinggi bahagian utara Asia, (atas sikit dr pergunungan Tibet) yg sebenarnya ada laluan2 kecil..
-MAKJUJ; mereka pula tinggal di kawasan tinggi bahagian utara tanah Krikistan.
-Kalau mengikut penulisan ilmiah Islam pula mengatakan Benteng Zulkarnain itu terletak di kwsn lebih kurang 125 batu dr Bukhara.
-Sebenarnya, banyak tembok2 yang telah dibina untuk menghalang mereka dr hampir (antaranya Tembok Besar China, dan kalau xsalah 4 atau 5 lagi Tembok di sepanjang latitude bahagian utara Asia.)

# WHEN @ Bilakah waktu sebenar mereka akan menonjolkan diri??

Imam Qutb dlm penulisannya berdasarkan hadis nabi- mengatakan pada kebiasaannya mereka akan datang tatkala;
i- satu peradaban mula dlm keadaan kucar-kacir (seperti zaman Yahudi terdahulu yg pernah diserang oleh sekumpulan manusia ganas, tamadun Islam yg berperang dgn dahsyat, dan lain2),
ii- kemudian dengan lahirnya byk anak2 luar nikah,
iii- selepas munculnya dajjal nanti yg menggunakan serangan psikologi sehingga menyebabkan ramai org Islam menyangka Dajjal telah beriman.
iv-Namun begitu,walaupun bangsa2 yg disebut di atas berbangsa Schythia,.. Yakjuj dan Makjuj SEBENAR adalah yg muncul menyerang manusia sewaktu hadirnya 3 petanda di atas…(macam dekat ja rasanya kan….??)

# HOW@ Serangan bagaimanakah yg dimaksudkan dlm Al-Quran dan Hadis??

Serangan yg bergelombang..kerana mereka sudah pun ada dr dahulu lg.. Bila berperang mereka akan memenggal kepala manusia dan meminum darah serta memakan daging manusia. Walaubagaimanpun ianya akan tiba apabila Allah SWT mengizinkannya untuk berlaku seperti mana termaktub dlm Al-Quran.

Surah Al-Kahfi (ayat 98)
“(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain; “Ini adalah suatu rahmat dr Tuhanku,dalam pada apabila sampai janji Tuhanku, dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

Surah Anbiyaa’ (ayat 96)
“(demikianlah keadaan mereka)hingga apabila terbuka tembok yg menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta meleka meluru dr tiap-tiap tempat yang tinggi”
Serangan yg paling teruk ialah apabila Allah SWT akan menurunkan nabi Isa a.s dan membunuh dajjal. Tetapi nabi Isa a.s juga tidak mampu menghancurkan Yakjuj dan makjuj yang mana baginda akan meminta doa untuk meminta pertolongn daripada Allah SWT. Lalu Allah SWT akan menghantar ‘tentera2Nya’ berupa sejenis parasit yg boleh menghancurkan mereka. Allahu Akbar..

# ACTION PLAN @ Pelan Tindakan?

Pernah Rasulullah SAW ditanya adakah pada waktu itu samada orang beriman akan terselamat dari bencana besar itu?
Jawapannya-pada waktu itu walaupun masih ada lagi org bersujud, mengingati Allah tapi tetap juga mereka akan musnah akibat kemungkaran yg terlalu berleluasa di muka bumi.

Nabi SAW berpesan-
“Bersegeralah membuat amal soleh kerana fitnah bencana pada waktu itu akan datang menimpamu bertubi2,…..”


Penceramah:
i- Dr. Danial Zainal Abidin
ii- Mohammad Alexander(pengkaji dan penulis buku)

** Jadi sama2 kita sebarkan maklumat ini pada ahli keluarga,rakan2 dan sesiapa sahaja yg dikenali..no time to play around, hide and seek ke apa ke dah…..(-.-)” kalau anda dengar sendiri halaqah tempoh hari, meremang liang roma dibuatnya..

Moga kita semua terselamat dari fitnah dajjal dan dipimpin Allah SWT Yang Esa supaya sentiasa berada di atas jalanNya yang Satu. Sebagai org Islam,mesti kita rindu dan gembira menanti saat bertemu dengan Kekasih Sejati ; Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta kita..bukan? (^.^)
Wassalamu’alaikum~

5 comments:

  1. Huh..rugi x tengok Halaqah ritu..mmg menakutkan..

    ReplyDelete
  2. siap makan depan tv mlm tu,topik yg best dan huraian yg detail bg saya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah bg siapa yg berkesempatan tgk halaqah malam tu..harap2 tv9 dpt ulang siarannya pd ms hdpn..=)

    ReplyDelete
  4. Muhamad Zhafry Hakim Abu KhairApril 2, 2010 at 3:48 AM

    Baguskan topik yang dikupas, tapi malangnya tak dapat tontonlah malam tu sebab takda TV.

    Harap-harap sesiapa yang ada mp4 halaqah tu sila kongsikan ye, di mana2lah Youtube ke facebook ke atau dalam blog juga boleh.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum..terima kasih atas info menarik di atas..saya akan cuba cari buku yg dimaksudkan..terima kasih(",)

    ReplyDelete